Atap Dua Buah Rumah Terbang Ditiup Angin Kencang

1846

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Atap dua buah rumah terbang ditiup angin kencang dalam satu kejadian ribut taufan yang berlaku secara tiba-tiba telah melanda di Kampung Jerangau.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jerangau, Arfan Tahir berkata, kejadian tersebut dimaklumkan berlaku pada pukul 8.30 malam.

“Anggaran kerugian tidak dapat dikenal pasti,

“tetapi 24 keping atap rumah sudah diterbangkan oleh ribut kencang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada selasa, 31 Julai.

Sehubungan dengan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, kejadian bencana alam sentiasa tidak dapat dijangka.

“Bagi kes seperti ini, saya merasakan yang kita perlu bersiaga dan bersedia,

“mujurlah kita (PAS) sudah ada pengalaman dalam menangani hal seperti ini sebelum kita memerintah lagi,” ujarnya.

“Kerajaan PAS sebelum ini sentiasa cakna dan prihatin akan kejadian bencana alam yang tidak terduga ini,

“24 keping atap telah kita gantikan dan berharap agar tindakan yang cepat ini akan memberi keselesaan kepada rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, tindakan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang mecaknai dan prihatin terhadap nasib rakyat.

Dan katanya lagi menjadikan Terengganu sebuah Negeri yang bukan hanya sekadar maju, tetapi juga beroleh keberkatan dan mesejahterakan rakyatnya.