Asal Nama ’Rambutan Anak Sekolah’

23064

Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.

Rambutan…..siapa yang tak kenal buah yang penuh dengan ‘bulu’. Dengan warnanya yang merah, isi putihnya penuh rasa kemanisan…. Hmmm …. begitu lazat terutama yang segar baru dipetik.

Daripada berpuluh jenis rambutan, rambutan ‘anak sekolah’ cukup terkenal di Malaysia dengan keenakkan isinya cukup menggiurkan.
Anak Sekolah atau nama santifiknya ‘Nephelium lappaceum L) merupakan sejenis buah-buahan yang popular di tanam di Malaysia semenjak dulu dengan keluasan direkodkan pada 2010 seluas 24,946 hektar menghasilkan sebanyak 86,100 metrik tan yang bernilai RM 78 juta.

Menurut ‘Anom Agro Technology ‘ terdapat sebanyak 62 varieti rambutan tempatan yang telah didaftarkan kepada ‘National Listing’ Jabatan Pertanian sejak tahun 1930’an lagi.

Diantara varieti rambutan yang popular adalah Varieti Anak Sekolah yang di daftarkan dengan nombor rujukan sebagai Klon R191.

Sebenarnya varieti rambutan ini merupakan rambutan varieti ‘Rong Rien’ (dipercayai berasal dari Thailand) yang telah didaftarkan kepada Jabatan Pertanian pada 1 Jun 1981.

Rambutan ini mendapat permintaan yang tinggi dipasaran berbanding dengan beberapa jenis rambutan yang lain kerana ciri-ciri istimenya.

Namun, pernahkan kita terfikir, kenapa ia dipanggil rambutan anak sekolah?

Seorang aktivis pertanian Zainal Abdul Samad berkata, rambutan itu diberi nama tersebut kerana ada cerita disebaliknya.

Pada suatu masa dahulu, ada sepohon rambutan yang tumbuh dalam kawasan sebuah sekolah, dalam kawasan sebuah ‘Wat Buddha’ di negara Siam,

Oleh kerana rasanya, berita rambutan itu telah sampai ke pengethuan Raja Thailand. Apabila Raja mengentahuinya dan merasai buah rambutan itu, beliau memerintahkan agar benihnya dikembang biakkan.

“Pada suatu hari saya pergi ke Thailand dan saya singgah di suatu tempat….di situ terdapat sebuah Wat Buddha yang sangat miskin dan didalamnya terdapat sebuah sekolah,

“Terdapat satu klon rambutan yang sangat baik dihasilkan oleh pihak Wat. Jabatan Pertanian telah diberitahu tentang perkara tersebut lalu memaklumkan kepada raja lalu baginda bertitah,

“benihkan pokok ini sebanyaknya dan sebarkan kepada seluruh negara,” ujar beliau.

Lalu katanya, ia telah dinamakan rambutan anak sekolah kerana, benih asalnya adalah dari pohon yang tumbuh di seokah itu.

“Selain berbuah lebat dan rasanya sedap, harganya pula kekal stabil tidak seperti mana rambutan lain,” kata beliau.