KUALA NERUS – Pemergian Ahli Jawatankuasa PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Mohd Nor Jusoh, 53, pasti meninggalkan kenangan yang mendalam kepada sesiapa yang mengenalinya.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Ustaz Zakaria Dagang merakam kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


“Sifatnya yang ringan tulang atau dalam istilah Terengganu disebut “tak amuk reng” disenangi oleh semua orang termasuk ahli keluarganya yang pastinya akan meninggalkan kenangan kepada sesiapa yang pernah berurusan dengannya,”ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, arwah Mohd Nor juga tidak pernah tertinggal daripada menyertai apa-apa program yang dianjurkan.
Katanya, dalam program-program di peringkat Cawangan dan Dun, sudah pasti beliau menjadi petugas yang sangat ‘komited’.
“Kelibatnya pasti kelihatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di sekitar Seberang Takir ini, terutama di surau-surau Al-Ikhwan, Al-Mawaddah dan An-Nur,”jelasnya
Dalam perkembangan yang sama, Pemuda Seberang Takir turut berkongsi memori sepanjang pergerakan mereka bersama arwah.


“Secara peribadi……. saya kenali arwah semasa saya mula-mula bergiat dalam politik………kami jadi akrab bila kami duduk dalam satu UPU iaitu UPU Teluk Ketapang,
“dari segi penampilan, beliau seorang yg amat rendah diri, sedia menerima arahan parti terutamanya dibahagian dapur iaitu bahagian pembekalan apabila membabitkan program besar,
“setiap kali bersua dgn beliau, pasti dia akan mendahului sapaan……teringat akan memori bersama beliau dimana PRU lepas,”ujarnya.
Semoga Allahyarham beroleh pengampunan dari Allah dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin.




























