Terengganu, Malaysia

ARC Bukan Samseng Jalanan

ARC Bukan Samseng Jalanan

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT – Kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC)  bukan kelab samseng jalanan tetapi ianya adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berhemah.

Ahli Jawatankuasanya, Mat Zakie Mat Yeh berkata ia adalah salah satu kaedah PAS dalam mendekati dan mentarbiyah masyarakat sesuai dengan minat mereka.

ARC Bukan Samseng Jalanan
Saudara Mat Zakie mengetuai konvoi jentera lama

“Aktiviti kali ini menampakkan kelainan dimana kita dapat menyatukan penunggang veteran dan muda di Besut’, ” ujar beliau.

Beliau berkata  demikian semasa melepaskan konvoi sempena meraikan sahabat ARC kawasan itu yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Kampung Padang Luas, di sini pada 21 Disember.

” Usaha ini akan diteruskan untuk tahun hadapan agar dapat memperkenalkan ARC Besut kepada orang ramai selain dapat memupuk semangat perpaduan sesama insan,” katanya.

ARC Bukan Samseng Jalanan
Ahli ARC berkonvoi ke Jeli, Kelantan.

Menurut Mat Zakie lagi, aktiviti ini merupakan konvoi terakhir untuk tahun 2018 bermula pada jam lapan pagi itu, akan berakhir di Jeli, Kelantan.

” Hampir 50 buah motosikal menyertai konvoi kali ini yang terdiri dari 30 buah motosikal lama berplatkan ‘PAS, ” jelasnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan