Leila Ali Elmi, yang tiba di negara Sweden ketika berumur dua tahun selepas keluarganya melarikan diri daripada perang saudara di Somalia, akan membuat kemunculan pertamanya di parlimen selepas memenangi pada pilihan raya musim luruh lalu.
Beliau berjanji akan membawa suara untuk orang yang disasarkan akibat permusuhan oleh pihak imigresen negara itu.
“pemilihan saya telah menyebabkan banyak reaksi daripada kelompok perkauman,
“Mereka tidak begitu bersedia untuk (kenyataan) itu, tetapi saya (sudah berada) di sini.” katanya di pejabat parti Hijau di Stockholm.
Laila, 30, mewakili sisi lain pilihan raya yang didominasi oleh isu pendatang, membuat kejutan mendapat undi jauh lebih banyak daripada calon parti haluan kanan.
Beliau bertempur di medan politik membawa isu-isu yang dekat dengan hati penduduk Angered, kawasan pinggir bandar yang didiami oleh majoriti pendatang yang kurang bernasib baik.
Pelbagai masalah yang telah timbul di kawasan tersebut, yang telah menjadi rumahnya sejak 28 tahun yang lalu, termasuk pengangguran, kesesakan, pengecualian dan pemisahan.
Pemisahan etnik di pinggir bandar Sweden menarik perhatian antarabangsa pada awal tahun 2013 apabila orang muda menunjuk perasaan dan merosakkan kemudahan asas di utara Stockholm.
Mereka merusuh dan membakar kereta, sekolah serta berperang dengan polis kerana api kemarahan perkauman pihak polis dan merasakan mereka adalah rakyat kelas dua walaupun dilahirkan di negara itu.
Sejak kebelakangan ini, para pemuda bertopeng yang bersenjata dengan bom api ‘molotov’ membakar hangus 80 buah kereta di pinggir bandar Gothenburg.
Masalah ‘geng haram’ tembakan dan bahkan serangan bom tangan telah menyebabkan beberapa ahli politik mendakwa bahawa pinggir bandar adalah zon tidak dapat dikendalikan.
Parti Demokrat Kanan Sweden telah terkesan dalam hubungan masalah ini dengan imigresen.
Parti itu memenangi 17% undi pada bulan September, naik dari 12% pada 2014, tetapi tidak mencukupi untuk menolak Konservatif ke tempat ketiga seperti yang mereka jangkakan.
Parti itu juga telah mengalihkan arus politik perdana politik ke kanan dengan situasi, Sweden menghadapi masalah pendatang sejak tahun menjelang 2016 apabila ia mengalu-alukan 370,000 orang pencari suaka.
Ia merupakan bilangan terbesar berbanding penduduk di mana-mana negara Eropah, sehingga kini.
Bagi Ali Elmi, isu terbabit bukan masalah imigrasi tetapi masalah keadaan hidupp kebanyakan penduduk dengan latar belakang pendatang.
“Demokrat Sweden mengatakan segala yang salah di sini adalah kerana pendatang, kerana Sweden membawa masuk terlalu ramai orang ke negara ini, tetapi ini adalah fiksyen. Tidak benar, “katanya.





























