Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina.
Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.
Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit?
Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.
Inilah sikap hipokrit umno dalam apa jua isu. Isu Palestin umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun.
Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh Pas menyokong komunis. Orang pekak dan buta pun tersenyum apabila umno menuduh Pas sokong komunis. Tidak ada rekod Pas berbaik dengan komunis.
Sedangkan umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China. Pemimpin umno juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini.
Walaupun pemimpin umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis. Namun kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh Pas.
Ucapan Tuan Haji Mohd Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor, kenaikan harga barang keperluan harian.
**Kenyataan media Ustaz Idris Ahmad, AJK Kerja PAS Pusat
_________________________________________________________________________________
Lawatan ke China Jalinan Hubungan Erat
Keterbukaan China menyambut baik kunjungan delegasi ibu pejabat UMNO memberi peluang menjalin hubungan lebih erat antara China dan Malaysia.
China merupakan negara paling maju dan kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Justeru itu, kunjungan ke China memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dalam mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan CPC (Parti Komunis China).
Rombongan itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), Dato’ Hamzah Zainuddin. Turut serta Dato’ Zainal Abidin Osman, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof bersama 11 lagi anggota Exco Wanita, Pemuda dan Puteri, serta kakitangan Ibu Pejabat UMNO.
Kunjungan pertama ke Hang Zhou disambut mesra Presiden Parti Zhe Jiang, Chen Xiao En dan Lu GuHao dalam sebuah majlis tertutup di HuaJia Villa.
Pertemuan yang diadakan selama sejam itu banyak memberi info yang jelas berkenaan Parti Komunis China ( CPC ).
Menurut Chen Xiao En, taburan penduduk yang padat di setiap wilayah menyebabkan pertumbuhan pelbagai budaya dan etnik yang tidak sekata di beberapa tempat.
Selain itu, kewujudan pelbagai budaya dan etnik menjadi punca pelbagai bidang perusahaan ekonomi dan politik seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan di semua daerah. Maka tidak hairanlah jika China kaya dengan kemunculan pelbagai parti dan kongres di setiap polemik parti rakyat.
Delegasi UMNO juga di bawa Xian, antara wilayah yang paling popular kerana kaya dengan perkampungan yang mengusahakan industri kraf dan lukisan secara komersial .
Industri kraft dan lukisan di Perkampungan Dong Han mendapat kunjungan paling ramai setiap tahun apabila musim cuti sekolah.
Kampung Dong Han mempunyai 1,500 perkampungan kecil yang mengusahakan industri kraf dan lukisan.
Selain itu, penduduk di kampung Dong Han ini turut menawarkan perkhidmatan Homestay kepada pelancong dari luar tatkala berlangsungnya festival lukisan setiap tahun.
Menurut Ketua Kampung Dong Han, Yang Zhan Chong; Perusahaan Homestay merupakan perusahaan utama yang mencatatkan purata pendapatan sebanyak 8.710bilion RMB setiap tahun.
Kesan sejarah yang tinggal di Terra-cotta ketika pemerintahan tiga maharaja yang memerintah pada 2070 Sebelum Masihi sehingga pemerintahan Dinasti Qing 1911 menunjukkan China kaya dengan lagenda yang bersejarah.
Banyak peninggalan patung tentera Terra-cotta yang masih dijaga dengan baik dan diabdikan di Muzium Terra-cotta sebagai tontotan ramai.
Selain itu, delegasi UMNO turut diberi peluang untuk melawat Masjid besar di Ibu Kota Xian untuk melihat sendiri simbolik kemegahan masyarakat muslim di Xian.
Walaupun masjid tersebut semakin uzur, mereka masih mengekalkan struktur asal bangunan tersebut. Kepadatan masyarakat muslim ketika menunaikan solat menunjukkan tiada sempadan etnik di antara rakyat China di Xian. – Umno online