Anak Muda Terengganu Diseru Lakukan Perubahan Pada PRU-14

1744

KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia kususnya Anak-anak muda Terengganu digesa membuat perubahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, golongan tersebut paling terkesan dengan akibat dari dasar-dasar kerajaan yang disifatkannya sebagai ‘menipu’ generasi baru.

“Hari ini program yang dianjurkan oleh anak muda khususnya yang hadir ke sini menyuarakan hasrat hati mereka dan kebanyakan yang menjadi kesan yang paling besar ditipu……sebenar adalah generasi baru,

Screenshot (228)“generasi anak muda yang khususnya terlibat dengan persekitaran mereka yang menghadapi akibat kesan daripada kenaikan harga. Apatah lagi kerajaan seolah olah tidak memikirkan bebanan kenaikan secara berantai khususnya melibatkan tol, minyak, keperluan asas makanan dan sebagainya,

“apatah lagi dengan bebanan ekonomi yang ada pada hari ini ruang kesempatan untuk mereka mencari peluang pendapatan makin mengecill,”tegasnya.

ADUN Paka itu berkata demikian ketika hadir memberikan sokongan moral kepada program ‘Flashmob Suara Rakyat Terengganu’ di Simpang Empat Wisma Darul Iman kelmarin, Khamis 24 November.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata, pendatang asing di negara ini sudah mencapai 8 juta orang yang akan menambahkan beban dan menyempitkan peluang bekerja kepada anak-anak muda.

“Dalam suasana hari ini, ringgit Malaysia semakin jatuh (berbanding) dengan dolar Amerika secara langsung bebanan ini menyebabkan anak muda yang berhadapan dengan suasana seperti ini,

flashmob 2411161“jadi mereka hadir ke sini menyuarakan pendapat mereka supaya pemimpin mereka peka dengan mesej yang disampaikan oleh mereka,”tambahnya.

Oleh itu, beliau menggesa 72% pengundi baru dari kalangan anak-anak muda, menggunakan kuasa mereka untuk menentukan kerajaan yang lebih baik selepas PRU-14.

“PRU akan datang, 72% pengundi, datang daripada orang muda…..mereka yang menentukan kerajaan yang bakal memerintah akan datang,

“Jika kerajaan membelakangkan pendapat mereka ini, mungkin tindakan yang (akan datang dari) pemuda khususnya rakyat Malaysia, ini menggunakan kuasa undi mereka untuk menjatuhkan Umno dalam PRU akan datang,” ujar beliau.

Justeru, beliau yakin, dengan peralihan undi dua peratus sahaja dikalangan rakyat Terengganu, PAS akan dapat memerintah, memandangkan perbezaan hanya dua kerusi sahaja, pada masa kini.

“Kalau kita tengok nisbah Terengganu, Umno boleh jatuh ………tinggal 2% sahaja, kita sedia maklum keadaan politik Terengganu hanya berbeza dua kerusi sahaja,

“suara anak muda inilah lebih bermaklumat akan menjadi penentu,”tambah beliau.

https://youtu.be/3Xv2nn3dkUU