KUALA NERUS – Anak-anak muda dan para remaja diingatkan agar tidak membuang wak dan melakukan perkara-perkara berfaedah sepanjang cuti sekolah yang bermula semalam.
“saya nak beri ingatan supaya anak-anak muda dan para remaja sempena cuti sekolah ini agar jangan membuang waktu buat benda-benda yang tidak ada manfaat,
“saya mengajak semua anak-anak muda untuk hadir bersama-sama Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah bagi mendengar ucapan sambil santai, mengetahui tentang isu-isu umat Islam seluruh dunia dan Palestin khususnya,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Jamek Tok Jiring dekat sini, semalam 13 Mac.
Sebelum itu, dalam khutbahnya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh membakar semngat para jamaah tentang perjuangan para ulamak silam yang mnerima pelbagai dugaan dan cabaran dalam perjuangan menegakkan Islam.
Antaranya, kata beliau, Imam Ahmad Ibn Hanbal yang ditangkap dan dipenjara serta dirotan oleh penguasa, semata-mata kerana beliau mahu menegakkan kebenaran.
Menurutnya, perjuangan Islam sehingga kini terus dipimpin oleh para ulamak dan menyeru semua pihak agar terus memberikan sokongan agar Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini, khususnya di negeri Terengganu.