Anak cadang tindakan mahkamah keatas Felda Plantations

791

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/prkkerdau%20139.jpgTEMERLOH – Pengerusi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Felda Plantations kerana ia merupakan sebuah organisasi haram.

Menurutnya, penubuhan syarikat tersebut yang kini mengawal 367,710 hektar ladang bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, perkara itu disebut dalam Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1). yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

“Adakah perdana menteri membaca hansard parlimen bertarikh 27 April 1960 dan apa isi ucapan bapa beliau ketika membentangkan penggubalan akta GSA 1960?

“Adakah perdana menteri tahu bahawa Felda Plantation adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA yang mana status pemilikan hanya (untuk) individu, seksyen 7(2) dan koperasi, seksyen 11(1) sahaja?” katanya dalam sidang media harian PAS di markas induk pilihanraya kecil DUN Kerdau di sini, semalam

Mazlan turut menyatakan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga mencadangkan syarikat tersebut dibubarkan dan tanah yang dimilkinya diagihkan kepada 79 ribu generasi kedua Felda sekaligus mampu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Adakah perdana menteri tahu 45 ribu peserta Felda Plantation termasuk anak-anak tenpatan sedang menderita dengan gaji rendah,” katanya.