Firman Allah yang bermaksud, dan tiadalah Muhammad itu melainkan dia seorang Rasul, telah berlalu daripadanya Rasul-rasul yang lain yang telah meninggal dunia, adakah sekiranya Muhammad mati, samada mati biasa atau mati syahid di bumi medan perang. Maka tumit-tumit kamu akan berpusing berpaling tadah daripada Islam, barangsiapa yang tumitnya berpusing berpaling tadah pada Islam, ia tidak membawa apa-apa kerugian terhadap Allah. Dan Allah membalas ganjaran tidak terhingga kepada orang yang bersyukur ke atas nikmatnya, yang besar nikmat Islam. Dan tidaklah bagi seseorang itu mati melainkan mengikut ketentuan Allah SWT. Dengan izin ajal yang ditetapkan. Barangsiapa yang mahu pahala dunia, kami beri kepadanya. Barangsiapa yang mahu pahala di hari akhirat, kami bagi kepadanya jua. Dan kami berikan ganjaran kepada orang yang bersyukur.setiap nabi yang diutuskan oleh Allah berjuang untuk menegakkan Islam. Allah adakan di sisi Nabi itu pengikut-pengikut yang rapat setia dengan tuhan. Mereka tidak merasa hina dan lemah menghadapi apa saja ujian dan cabaran daripada musuh. Dan Allah memberikan ganjaran kepada orang-orang yang sabar.
Ayat yang dibaca oleh qari dan saya terjemahkan, sebab nuzulnya apabila disebarkan berita kewafatan Nabi Muhammad dalam peristiwa Uhud. Menyebabkan ada kalangan mereka yang lemah semangat, Allah menurunkan ayat ini dan ayat ini dibaca oleh Abu Bakar As-Siddik. Apabila Nabi Muhammad betul-betul meninggal dunia, para sahabat dalam kebingungan kerana terlalu sedih, Islam Negara yang dikepung dari segenap dunia. Didokong oleh dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom. Mengikut adat ilmu manusia menjadi hancur menjadi abu.
Namun, Allah bagi jaminan islam takkan mati dengan matinya Rasulullah dan Islam takkan mati dengan matinya pemimpin-pemimpinya walaupun silih berganti. Apa yang penting, seorang para sahabat RA menegaskan, Sekiranya kamu ingin ambil iktibar, ambil iktibar daripada orang yang sudah mati. Kerana orang yang sudah mati ini, nyata dia menghabiskan hayatnya. Istiqomah tau tidak. Mereka yang hidup belum tentu. Cuma kita perlu berdoa supaya kita istiqomah hingga mati.
Khusus mengingati Tuan Guru Haji Harun Taib, rakan baik saya yang rapat denga saya. Sebilik, sedapur, satu tempat tidur beberapa tahun di luar Negara sudah tentulah sangat menyentuh perasaan saya. Kami belajar di Madrasah Sultan Zainal Abidin. Di situ tempat kami berkenalan. Di zaman Islam ramai musuh, walaupun negara baru sahaja mencapai kemerdekaan. Kita menghadapi bukan sahaja serangan politik sekular yang tidak memberi Islam berkuasa dan memerintah. Menyebabkan PAS berjuang bersendirian. Menghadapi susah payah.
Dalam masa yang sama, menghadapi Perancangan memusnahkan pendidikan agama. Setelah Mereka gagal melalui gerakan ‘Tansiriyah’ kristianisasi untuk mengkristiankan orang Islam. Melalui sekolah sekolah ‘misionari’ yang dibuka di seluruh pelusuk hanya segelintir orang Islam yang bodoh yang cari kesempatan sahaja yang masuk kristian. Sebodoh-bodoh orang Islam, yang masih ada iamn sebesar zarah dalam dirinya tidak murtad meninggalkan agama. Gerakan kristianisasi gagal. Lalu mereka mengambil langkah gerakan pembaratan, membaratkan pendidikan Islam. Mengubah huruf bahasa arab, jawi kepada tulisan rumi dalam penulisan, menubuhkan sekolah melayu dan sekolah kebangsaan diatas nama membasmikan buta huruf, menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang melatih guru guru untuk dihantar ke pelusuk tanah air. Kononnya untuk membasmi buta huruf tetapi juga untuk membaratkan orang pendidikan secara halus.
Walaupun Negara sudah mecapai kemerdekaan agenda penjajah diteruskan oleh UMNO banyak berjaya dalam Umno berbanding dengan zaman sebelum kemerdekaan, masa baru mencapai kemerdekaan, geran tanah tulisan jawi, resit tanah tulisan jawi. Ramai orang boleh baca jawi. Sepuluh tahun selepas merdeka, anak muda tak tahu lagi membaca jawi. Di sana adanya gerakan islam, yang melawan sistem kristianisasi dan pembaratan ini ialah Dibuka pengajian pondok, secara lama dan dibuka sekolah agama secara modern. Saya dan Ustaz Harun mengikuti ke dua-dua pengajian ini. Ketika kami berada di sekolah Sultan Zainal Abidin, tahun 1965 Ustaz Harun sudah tahun 1964 duduk disitu di masa itu berlaku gerakan utuk meminda sistem pendidikan agama, dalam bahasa arab. Pada asalnya, semua matapelajaran dalam bahasa arab. Bahasa Inggeris, bahasa melayu menjadi matapelajaran. Ilmu hisab, kesihatan dalam bahasa arab. Semua dalam bahasa arab.
Di samping, bahasa arab ada ilmu nahu sorof, balaghah dan lain lain dan termasuk ilmu asas yang lain. Dapat mempelajari usul fiqh ilmu asas untuk mempelajari akidah, ilmu mantik. Menjadi matapelajaran yang banyak menyebabkan kami diperingkat itu, dapat menguasai ilmu agama dan bahasa arab. Ustaz harun mempunyai kemampuan berpidato dalam bahasa arab, masa di peringkat sanawi dua lagi. Bahasa arab yang fasih, orang arab sendiri meninggalkan bahasa arab yang fasih.
Dalam masa itu, kita mengalami usaha kerajaan untuk melumpuhkan pengajian bahasa arab ini.
Dalam masa yang sama, balik ustaz ustaz dari Al-Azhar, masa itu azhar mengalami sitem pembaratan di mesir. Azhar setelah dibebaskan oleh Solahudddin al-Ayubi daripada kerajaan Fatimiyyah, ia menjadi kiblat ilmu kepada umat Islam. Setelah berlakunya revolusi mesir dengan oleh tentera tahun 1952, tentera memerintah secara sosialis, sekularisma. Azhar menjadi medan untuk menyebar sosial, melalui ulamak. Menyebabkan pengaruh nasionalisma sosialisma diajar di azhar. Kami menggalami ada guru seperti ini. Yang berpegang kepada fahaman sosial.


Dan terdapat dan beberapa guru bersama dengan pelajar. Dengan kekuatan pelajar masa itu, tidak membolehkan pejabat agama tidak boleh mengubah sistem pelajaran ini, sehinggalah generasi kami habis dihantar keluar negeri, Ustaz Harun pergi ke Madinah, saya dan Ustaz Husin sambung belajar ke Madinah, Ustaz Zawawi adik Cikgu Mustafa pergi ke Mesir, tinggal pelajar baru, yang pelapis ini dengan kuasa kerajaan yang ada, tak boleh bertahan.
Kami tak tahu siapa PAS sehingga kami pergi ke pejabat perhubungan PAS di Jalan Kamaruddin. Bila pergi kesitu, baru kita tahu kawan-kawan ini adalah PAS. Zaman itu, zaman yang susah bukan macam sekarang. Kerana kalau dia tahu PAS, pelajar boleh kena dipecat pada bila-bila masa sahaja, tidak boleh terlibat debgan politik.
Ustaz Harun lebih dahulu di Madinah, kebetulan universiti Madinah yang diasaskan oleh Al-marhum al-Malik Faisal, dengan nasihat pemimpin-pemimpin gerakan Islam. Universiti Madinah dikuasai oleh gerakan Islam. Di mana ahli-ahli Majlis Univeristi Madinah ialah almarhum Al-Maududi, pemimpin Jamaat Islami Pakistan, Al-marhum Dr. Muhammad Nasir bekas perdana menteri Indonesia, ketua Masyumi Indonesia, Sheikh Hasanin Mohd Makhluk Mufti Mesir yang berhijrah ke Madinah, Sheikh Mahmud Sawab Ketua Ikhwan Iraq, Abul Hassan Ali Annadawy pendakwah yang terkenal daripada India dan ramai lagi tokoh gerakan Islam yang menjadi Ahli Majlis Jamiah Madinah. Ustaz Harun mengambil kesempatan berjumpa dengan pensyarah yang majoritinya adalah ahli gerakan Islam Islam untuk mengurus kemasukan kami. Makan sayab dan Ustaz Hussin dapat masuk dengan sijil sanawi Zainal Abidin tak payah ‘interview’.
Dimana negeri Arab Saudi negeri yang tertutup politik, yang tidak membenarkan kegiatan politik walaupun mereka membenarkan orang-orang politik tinggal disitu, tapi kegiatan politik diharamkan. Maka gerakan politik adalah gerakan bawah tanah, yang diharamkan mengikut undang-undang negara Arab Saudi. Semasa di Madinah Ustaz Husin dan Ustaz Harun terlibat dalam persatuan mahasiswa Universiti Madinah. Ustaz Harun dilantik menjadi Setiausaha Agung gabungan pelajar Islam Asia Tenggara. Saya menyusup melalui gerakan bawah tanah Ikhwan Muslimin. Tanpa pengetahuan orang.
Yang penting ialah pelajar-pelajar Malaysia, bukan orang arab. Tapi pemimpin di masa itu, Al-marhum Ustaz Hassan Adli Timbalan Presiden PAS masa itu berpesan kepada saya bila ke negeri Arab, hubungi gerakan gerakan Islam. Maka saya bertemu dengan pemimpin gerakan Islam. Ustaz Harun banyak terlibat dengan gerakan pelajar. Kebetulan di masa itu, Syeikh Abdul Aziz din Baz bekas mufti Arab Saudi berminat dengan politik Islam menjadi rektor Universiti Madinah . Beliau membuka ruang dengan pengaruhnya kepada Faja Faisal pada ketika itu supaya membenarkan pelajar pelajar berdakwah dengan jemaah haji yang datang ke Madinah. Maka Ustaz Harun, Ustaz Hussin mengatur program menemui jemaah haji dari Malaysia. Yang datang ke tanah suci sudah tentu jumlah besar. Peringkat demi peringkat. Bermula dengan bersyarah tentang ibadat haji , bersyarah tentang sirah Nabi dan akhirnya bersyarah perlunya politik islam. Orang islam mesti berpolitik. Tidak menjadi salah pada ketika itu bebas di dalam masjid.
Kita berdepan dengan dengan jamaah haji bukan seperti sekarang. Saya masih ingat ada dikalangan jamaah haji, dikalangan pemimpin Umno yang tidak perlu saya sebut menempelak (dengan berkata) “mengaji agama ni balik nak kerja apa?” Ustaz Harun jawab, nak jadi Perdana Menteri. Diam orang orang yang bertanya itu, tak terjawab.
Alhamdulillah, kita dapat menguasai gerakan pelajar. Dalam masa yang sama kita menganjurkan Ijtimak umum pelajar yang melibatkan pemimpin gerajan Islam. Sehingga kami sama-sama di mesir. Ustaz Harun pernah menjadi presiden persatuan pelajar beberapa penggal di Mesir. Balik ke Malaysia, kami terus sertai PAS. Bertanding pilihanraya, dan terlibat dalam politik. Kita hadapi zaman berbilang-bilangnya jamaah kerana banyaknya pemimpin gerakan Islam, dibuang negeri. Pemimpin ini bertemu dengan pelajar kita di luar negeri, pemimpin dari Mesir, Iraq duduk di England, Amerika. Mereka jadi ikutan pelajar kita di luar negara. Jadi, bila pelajar balik ini balik ke negeri masing-masing termasuk ke Malaysia, maka dia nak buat gerakan macam tok guru dia buat di negeri lain itu dengan dia tak tahu realiti dan ‘waqi’, yang ada di Malaysia..
Malaysia sudah ada PAS, dan PAS berjaya menyatukan pemecahan pemikiran di dalam kalangan orang Islam, yang kita kena sedar diambang merdeka, sejak penjajahan kita dipecahkan oleh ‘kalangan kaum tua dan kaum muda’, kaum tua yang fanatik berpegang kepada mazhab syafie kaum muda yang nak berijtihad, kadang-kadang terlalu laju bila ijtihad belaka. Di Indonesia, wujudnya kumpulan Muhamadiyyah dan kumpulan Nahdatul Ulamak. Dan wujudnya parti politik yang mengikut ajaran kaum tua dan kaum muda. Namun, di Malaysia, kita berjaya mengumpulkan kaum tua dan kaum muda, sekaligus dalam PAS, duduk dalam PAS bersatu dalam PAS, kalau nak berbalah, berbalah dalam PAS. Berbalah masalah-masalah khilafiah, bab qunut, bab talqin, bab ratib arwah, bab makan biawak, boleh ke tidak, berbahas bab-bab ini. Alhamdulillah PAS dapat meredakan keadaan. Kita dapat menyatukan semua akiran tua dan aliran muda, ini kejayaan kita. Kebetulanya, kami mengaji pondok, mengaji sekolah. Dua dua mengaji belaka.
Ustaz Harun mahir dalam ilmu mantik, tok guru dia yang mahir ilmu mantik ni, masuk Umno. Tok guru dia bawa kaedah mantik ini, Ustaz Harun cerita kepada saya, kaedah mantik ada mukaddimah sughro, kubro kemudian kemudian natijah. Mukaddimah sughro, alam itu berubah dan (mukaddimah kubro) tiap-tiap yang berubah itu baharu. Maka jawapan dia, ambil perkataan yang pertama dari mukaddimah daripada sughro (kemudian) perkataan yang akhir dari mukaddimah kubro, maka ‘alam baharu’.
Tok guru dia kata, PAS bukan ugama, tiap-tiap bukan ugama bukan Islam, maka PAS bukan Islam, pakai kaedah mantik. Ustaz Harun kata bukan semua boleh guna kaedah mantik, ada tempat-tempat sahaja yang boleh guna kaedah mantik. Senang sahaja Ustaz Harun kata, Tok guru bukan ugama, tiap-tiap bukan ugama bukan Islam (jadi) Tok guru bukan Islam, betul atau tidak? (menyebabkan) tok gurunya lari.
Beliau adalah seorang yang tegas. PAS terbuka kepada jamaah mana pun nak masuk PAS sedia sesiapa sahaja boleh masuk PAS. Orang Tabigh, orang Arqam, orang ABIM, orang IRC, bila masuk PAS kena ikut tarbiyah PAS, dan beliau bergerak dalam Lajnah Tarbiyah PAS bersama dengan saya. Mana-mana langkah yang cuba nak pesongkan PAS dia ambil langkah untuk menghalang supaya kita punya ‘thawabit’ dasr dan matlamat tidak berubah.
Kita mempunyai tiga singa yang hebat dalam PAS, saya anggap tiga singa, Ustaz Harun di Terengganu, Pak Nik Lah di Kelantan, Ustaz Azizan di Kedah, ini tiga tiga singa, yang garang,yang akan bercakap lantang (sekiranya PAS diserang) Malangnya kita sedih, ketiga-tiga singa ini sudah tiada. Tapi tak apa, anak-anak singa ramai, yang akan menyambung perjuangan!
***Ucapan Presiden PAS merasmikan Seminar Pemikiran Ustaz Harun Taib, pada 1 Mei, 2016
https://youtu.be/ABLOLQMKx5E
https://youtu.be/36mvsp5MOdw


























