‘Anak-anak PAS’ Bersama Masyarakat

911

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sebagai usaha untuk memberi pendedahan kepada generasi muda dengan tujuan dan matlamat untuk cintakan perjuangan Islam, AMEERAH DUN Rantau Abang menganjurkan program’AMEERAH LIKE ANAK-ANAK AHLI PAS’.

Ketuanya, Husni Nabilah Dzulkifli berkata, ia bertujuan menanamkan semangat cintakan perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai wadah yang diredhai Allah bagi merealisasikan Islam sebagai pemerintah di bumi Malaysia.

IMG-20151220-WA0026“Kita mahu mereka tahu, faham dan sedar bahawa tenaga-tenaga muda ini, mestibergerak seiring bersama ibu bapamereka untuk mengajak masyarakat melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan yang mungkar dengan PAS sebagai ‘platfom’nya, ujarnya pada program tersebut yang diadakan di Surau Kampung Baru Kuala Abang pada pada Jumaat 18 Disember.
Menurut beliau, sebelum ini program seumpamanya diisi dengan permainan-permainan samada ‘indoor atau outdoor’, tapi berlainan pada kali ini.

“Oleh kerana PAS sangat dekat dengan masyarakat, maka AMEERAH cuba menonjolkan kepada peserta kerja-kerja amal yang sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang asing kepada mereka,”jelas beliau.

Program gotong royong membersihkan persekitaran dan rumah terpilih itu turut disertai oleh ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun dan isterinya, Puan Rugayah Mahmood.

IMG-20151220-WA0031“Rumah-rumah ini dipilih oleh Lajnah Kebajikan Majlis Tindakan DUN Rantau Abang yang kriteriannya adalah ibu tunggal, warga emas, miskin, mempunyai tanggunggan yang ramai dan orang sakit. Selain membersih, kita juga membawa adik-adik menziarahi golongan dan menyampaikan sedikit sumbangan”, tambah Husni.

Menurutnya, peserta dibahagi kepada lima kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 12 atau 13 orang peserta dan mereka berpeluang menyelami keperitan dan kepayahan hidup golongan yang serba kekurangan ini.

Seorang peserta yang ditemui, Huda Tajudin melahirkan rasa gembira dapat turut serta dalam program tersebut.

“Baru saya tahu, tidak semua orang hidup senang. Saya kesian dengan mereka dengan keadaan rumah mereka dan banyak benda yang di rumah saya ada, tapi rumah makcik ni tak ada,” tambahnya dengan nada sedih.