Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – Anak-muda diseru merancakkan dunia media melalui fotografi dan tulisan, supaya perjuangan Islam itu tetap relevan dan sentiasa menang.


“Kita ada KAMI….. saya serta beberapa orang kawan di dalam (media) ini yang sentiasa bergerak setiap masa (bagi menyatakan) bahawa kita (PAS sentiasa) relevan dalam pandangan,
“terutamanya kepada golongan muda…… (dan perlu di) ingati, golongan muda akan menguasai pilihan raya yang akan datang,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika menutup Kursus Asas Fotografi dan Kewartawanan Fotografi di Gong Badak pada Sabtu, 8 Oktober.


Beliau turut mengajak para peserta untuk melakukan perubahan yang dapat dilihat dengan turun ke medan,di kawsan dan DUN masing-masing untuk membuat liputan.
“(marilah) kita berazam bersama-sama merancakkan arus perkembangan media dan fotografi ini supaya selepas daripada ini, terus ada perubahan yang berlaku,
“dan perubahan itu kita dapat lihat dengan membuat liputan apa-apa program yang berlaku di persekitan kita, apa-apa program yang diatur oleh jamaah kita……maka kita pergi dan membuat liputan ,”jelasnya


“selepas ini kita haruslah meningkatkan kualiti kerja dari semasa ke semasa, tapi inilah satu masalahnya kadang-kadang, kita tak dapat menggerakkan diri kita,
“kita mestilah melenyapkan perasaan malas itu dan meletakkan satu jatidiri bahawa kita mesti pergi untuk mendapatkan gambar dan liputan dan berita yang terbaik demi jamaah dan Islam,”tegasnya.




























