Ameerah Berdiri Teguh Realisasikan Harapan PAS

1859

Oleh : Ainun Solehah

KUALA NERUS – Ameerah berdiri teguh di dalam merealisasikan harapan parti Islam SeMalaysia (PAS) kepada organisasi anak muda.

Setiausaha Ameerah kawasan Kuala Nerus, Puan Naufal Binti Kamaruddin bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah untuk berada dalam perjuangan dan terus beristiqomah didalam menegakkan kalimah Allah.

Ameerah Mujahidah 43Katanya, menjadi pendakwah bukanlah mudah dan memerlukan hati yang ‘kental’ dalam mengajak manusia menuju ke jalan Allah.

“sikap ini sukar untuk dipupuk, namun tidak bermakna kita tidak mampu untuk menguruskannya. Ramai yang kita kenali suami isteri berlainan politik”.

“Menjadi pendakwah sejati bukanlah semudah ABC, membawa manusia kenal Allah dengan hati, disaat hati kita hitam, mampukah kita membawa hati-hati manusia menuju Allah?,”soal Naufal.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Mujahidah 4.0 Kuala Nerus yang diadakan di Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa Batu Enam, Sabtu 22 Oktober.

Beliau turut mengajak para hadirin untuk menelusuri sejarah perjuangan serikandi terdahulu, seperti perjuangan Asiah isteri Firaun, walaupun diseksa dan disakiti namun tetap teguh didalam agama yang mulia.

Ameerah Mujahidah 42Justeru itu, beliau yakin Ameerah memperkukuhkan organisasi, dengan mengikat pelbagai lapisan umur anak muda didalam satu kumpulan.

Namum begitu, katanya, golongan muda haruslah menjadikan ‘orang-orang lama’ sebagai panduan kerana mereka lebih berpengalaman.

“Orang baru semangatnya berkobar-kobar, manakala orang lama mereka banyak pengalaman, kita saling memerlukan,

“orang lama menumpang semangat baru, orang baru belajar pengalaman orang lama. Begitulah kita saling melengkapi,”jelasnya.

Oleh beliau berharap para muslimat dapat infaqkan puteri mereka agar dapat berjuang bersama Ameerah.

“ni kerana tenaga Ameerah amat-amat diperlukan, berikutan kebanjiran pengundi muda, untuk mengembeleng tenaga untuk sama-sama mengajak anak muda kepada Islam,”kata beliau yang mengakhiri.