Ameerah ‘Bakar’ Semangat Cintakan Negeri, Negara

1544

KUALA TERENGGANU – Ameerah, yang lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, merancang pelbagai aktiviti bagi memperkasakan anggotanya seperti Ameerah Camp, program ziarah rumah ke rumah, serta kebajikan dan lain-lain lagi.

Zuraidah Mohd NoorPengarahnya Puan Zudaida Mohd Nor berkata, beliau menumpukan inisiatif memberikan pengisian membakar semangat semangat kepada ahli-ahlinya.

Katanya, beliau mengesan cabaran yang paling besar dihadapi Ameerah, apabila segelintir masyarakat termasuk di kalangan pengundi muda wanita beranggapan politik itu ‘kotor’ serta tidak perlu dicampuri urusannya.

Hal demikian, katanya, menyebabkan mereka tidak ambil peduli mengenai pemerintahan dan semua parti politik adalah sama untuk kepentingan diri sahaja.

“Kita (Ameerah) lebih fokus kepada remaja-remaja wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun, terutama yang pertama kali boleh mengundi.

kam3602(h)-ameerah8“Kita mahu menerapkan dalam diri seseorang itu semangat cintakan negeri dan negara supaya tidak dirosakkan oleh tangan-tangan pemimpin yang boleh merosakkannya.

“Sebab itu, politik ini tidak kotor bahkan mulia jika kita dapat uruskan dengan baik, jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, antara kaedah penerangan berstrategi Ameerah adalah mengedarkan risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam itu sendiri.

“Kami (Ameerah) santuni mereka (golongan sasar) di tempat-tempat terbuka, kita bawa dan edar risalah-risalah isu semasa, tentang PAS dan agama Islam.

kam3602(c)-ameerah3“Kita juga ada Unit R&D yang akan mengkaji tentang isu-isu remaja, wanita, pengundi-pengundi muda. Kita juga ada Unit Media sendiri dan Unit Ameerah Care.

“Maknanya, kita (Ameerah) ada golongan sasaran dan berstrategi dalam melaksanakan perancangan itu, Insya’Allah,” jelasnya.

Oleh itu, kata beliau, setiap anggota Ameerah perlu jelas perjuangan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) agar tidak menimbulkan masalah.