KUALA TERENGGANU – Amalnita, anggota wanita Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah mengadakan program Khidmat Bakti di masjid Nurul Iman, Kampung Lerek, Tepoh.
Menurut Pengerusinya, Dr Khatijah Musa, program kemasyarakatan yang diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid terbabit bertujuan mendedahkan penduduk kampung tentang isu-isu kesihatan berkaitan wanita.


“Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada golongan miskin khusnya di kalangan wanita dan hadiah cabutan bertuah,”ujarnya ketika ditemui pada program itu, Jumaat 18 Disember.
Beliau berkata, sedikit sumbangan juga turut diberikan kepada pihak masjid untuk kegunaan program- program yang dijalankan di masjid tersebut.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Iman Dr (H) Mohd Shafie Muda berkata, program ini adalah julung kalinya diadakan di masjid ini dan di kampung ini khususnya.
Beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang sudi menabur khidmat kepada masyarakat di Kampung ini.
Beliau juga amat teruja dengan sambutan hebat orang kampung melalui kehadiran yang ramai ke program ini dan mengharapkan program seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang





























