Alam Ria PASTI Cungkil Bakat Anak-Anak

2075

MARANG – Alam Ria Pasti Malaysia 2016 telah menyerlahkan kemampuan dan pencapaian murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sepanjang mendapat asuhan di institusi tersebut.

kam3667(i)-johan9Pengarah Program Alam Ria PASTI Malaysia, Ustaz Sulaiman Sulong menjelaskan temasya itu sebahagian dari proses membentuk dan membina jati diri generasi soleh pintar anak-anak PASTI.

Ini kerana, katanya hasil didikan Pasti juga bakal mencorakkan masa depan negara berlandaskan Islam, iman dan taqwa kepada Allah SWT.

“Saya bagi pihak tuan rumah (Terengganu) dan pengarah program ini mengharapkan supaya temasya tahunan ini dapat dilaksanakan dengan penuh rasa ukhuwah dan mahabbah.

“Ini sebahagian dari proses membentuk dan membina jati diri generasi soleh pintar anak Pasti yang bakal mencorakkan masa depan negara berlandaskan Islam, iman dan taqwa kepada Allah SWT,” ujarnya.

kam3666(c)-bakat3Selama dua hari seramai 1,000 pelajar PASTI, ibubapa dan guru pengiring masing-masing dari seluruh negara ‘berkampung’ di Rusila, Marang bagi menyertai temasya tahunan Alam Ria Pasti 2016.

Antara negeri yang terbabit adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Temasya yang sama tahun depan 2017, PASTI negeri Pulau Pinang pula akan menjadi tuan rumahnya.