Aktivis Palestin ‘Mogok Lapar’ Bersolidariti Bersama Wartawan al-Qeiq

855

Di Gaza, aktivis Palestin telah melakukan mogok lapar pada hari keempat sebagai tanda solidariti dengan wartawan Mohammed al-Qeiq, yang telah ditahan tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan oleh Israel dan telah enggan makan selama lebih dua bulan.

Enam hari mogok lapar, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan dalam Perpaduan dengan Al-Qeiq, akan berlangsung sehingga Khamis.

Wartawan, pegawai-pegawai, bekas banduan dan bekas ‘pemogok lapar’ Ayman Sharawna mengambil bahagian dalam protes tersebut.

hunger strike al-qieqJawatankuasa itu menggesa Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk memberikan tekanan kepada rejim Israel melalui masyarakat antarabangsa dan mendapatkan pembebasan al-Qieq, yang kini telah hilang keupayaan untuk bercakap dan berada dalam keadaan kritikal.

Gesaan juga dibuat kepada parlimen Arab dan Eropah serta hak asasi manusia dan organisasi kewartawanan untuk membantu membebaskan al-Qeiq daripada tahanan Israel.

Aktivis berkata rejim Israel mesti bertanggungjawab keatas kesihatan dan nyawa mereka yang meprotes dengan ‘mogok lapar’ di Palestin.

Mohammed al-Qeiq, seorang wartawan berusia 33 tahun untuk rangkaian TV Al Majd Arab Saudi, ditangkap pada 21 November tahun lalu di rumahnya di bandar Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.

Bapa kepada seorang anak itu diletakkan di bawah undang-undang tahanan pentadbiran Israel, yang membolehkan suspek dipenjara untuk tempoh enam bulan dan boleh diperbaharui tanpa perbicaraan atau sebarang caj.

7128584-3x2-340x227Wartawan itu telah enggan makan untuk membantah penjara terhadapnya sejak 25 November.

Pada hari Rabu, Kesatuan Eropah berkata ia telah maklum ‘terutamanya berkenaan’ tentang kesihatan al-Qieq yang semakin merosot itu.

Shin Bet, perkhidmatan keselamatan (perisikan) dalam negeri Israel, memberitahu media Israel al-Qeiq telah ditangkap kerana ‘aktiviti keganasan’ sebagai sebahagian daripada kumpulan militan Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza.

Isterinya memberitahu ABC bahawa suaminya terlibat dengan belia Hamas ketika berada di universiti, tetapi menolak tanggapan dia adalah seorang anggota kumpulan bersenjata Palestin.

Amnesty International menggesa al-Qeiq untuk dibicarakan atau sebaiknya dibebaskan sahaja.

Wartawan itu sebelum ini telah ditangkap oleh Israel pada tahun 2008, 2004 dan 2003 untuk aktiviti dilaporkan ‘berkaitan dengan Hamas’.