Aktivis Media KAMI Laksana Amanah Korban di Tiga Negara

2861

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA NERUS – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu akan melaksanakan ibadah korban yang diamanahkan oleh orang ramai pada Aidiladha tahun ini.

Timbalan pengerusinya Sazali Mohd Noor berkata, antara negara yang akan menjadi destinasi misi korban ialah Kemboja, Sri Lanka dan Filiphina.

Oleh itu, beliau mempelawa rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai ibadah korban tersebut, yang bernilai RM 350 satu bahagian lembu dan RM 650 untuk seekor kambing.

“Insya Allah KAMI akan meneruskan aktiviti untuk tinjauan dan laporan ke negara-negara yang terpilih bagi bersama-sama melaksanakan ibadah korban,

“dan insya Allah anggota KAMI akan berpecah kepada tiga kumpulan…..sebahagiannya akan mengikuti rombongan ke Filiphina dan yang lain akan ke Kemboja dan Sri Lanka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini, Rabu, 25 Julai.

Selain melaksanakan tuntutan ibadah, objektif KAMI kata beliau adalah, membuat liputan berkenaan keadaan umat Islam yang menjadi minoriti di negara-negara itu.

Sebagai contoh, kata beliau, keadaan sukar yang melanda selatan Filiphina baru-baru ini, menghadapi kancah peperangan diantara ISIS dan tentera pemerintah di Marawi.

“Jadi mereka memerlukan kepada sumbangan dan agihan daging korban kerana ramai diantara mereka yang tidak dapat pulang ke bandaraya Marawi,

“kerana bandaraya tersebut dirancang untuk dibangunkan semula setelah hancur dalam perbalahan selama beberapa bulan yang lalu,” jelasnya.

Menurutnya, di Sri Lanka pula, dunia dapat melihat dan mendengar perkembangan konflik ketegangan antara umat Islam dengan kaum Buddha, yang mana baru-baru ini telah mencetuskan keadaan yang darurat.

Justeru itu kata beliau, KAMI an insya Allah kami akan membawa laporan terbaru dengan mengadakan misi pada kali ini.

“Sesiapa yang mahu menyertai boleh menghubungi Ahmad Faizol Yusof 019 – 9521837 yang akan melaksanakan ibadat korban di kemboja, Sazali Mohd Noor 013 – 9869187 yang akan ke Sri Lanka dan Khairul Azlam Mohamad 018 9138857 yang akan melaksanakan di Filiphina,” tambah beliau.