Sekumpulan aktivis memakai pakaian panjang berwarna oren dan tudung hitam seperti yang digunakan oleh tahanan di Guantanamo Bay berkumpul di luar Rumah Putih pada hari Jumaat untuk mendesak penutupan serta-merta penjara kontroversi itu.
“Tidak bermoral, tidak sah, tidak berkesan,” menurut salah satu kain rentang yang dipaparkan.
Richard Killmer, Pengarah Eksekutif Kempen Kebangsaan Agama Terhadap Penderaan berkata penahanan tanpa bicara itu sebagai satu penderaan dan penzaliman terhadap mereka di penjara tersebut.
“bertahun-tahun penahanan tanpa caj atau perbicaraan telah mencipta rasa terdesak dan kekecewaan di kalangan lelaki di Guantanamo, yang telah membawa lebih 100 daripada mereka untuk menyertai mogok lapar,”ujarnya
Kolonel Morris Davis, seorang pendakwa bekas tentera di Guantanamo, menyerahkan petisyen itu kepada Rumah Putih.
Aktivis turut membawa patung Presiden Barack Obama, merujuk janji beliau masa lalu untuk menutup penjara tentera Amerika Syarikat itu.
Daripada 166 penghuni, 102 mengadaka mogok lapar di Guantanamo, dengan 30 telah dipaksa makan dengan makana yang diberi makan melalui tiub . Salah satu penghuni yang sepatutnya dikejarkan ke hospital tetapi pegawai-pegawai penjara berkata hidupnya tidak berada dalam bahaya.
Penghuni dihalang dari meneruskan mogok lapar dengan pihak berkuasa penjara memasukkan makanan melalui tiub suapan ditolak melalui hidung mereka dan ke dalam perut mereka, amalan yang PBB membandingkannya adalah suatu seksaan.





























