Akhirnya Abu Thurayyah Syahid!

2256

Setelah kehilangan kedua-dua kaki dan buah pinggangnya dalam serangan udara rejim Israel laknatullah pada 2008, akhirnya Abu Thurayyah, ‘syahid’ menemu penciptaNya.

Dua hari sebelum dia dibunuh, ditembak oleh penembak curi zionis, Ibrahim Abu Thurayyah menyampaikan mesej melalui video kepada tentera Israel.

“Saya menghantar mesej kepada tentera zionis…….tanah ini adalah tanah kami. Kami tidak akan berputus asa. Amerika mesti menarik balik pengisytiharan (Jurusalem sebagai ibu negara Israel) yang dibuat.” tegasnya.

Beliau yang berkerusi roda Abu Thurayyah telah menjadi seorang tokoh menonjol kerana hadir protes di sepanjang Semenanjung Gaza sempadan bersempadan dengan Israel .

Semenjak 6 Disember, beliau dan rakan-rakan penunjuk perasaan, mengecam Presiden Amerika Donald Trump.

Hatta dalam satu gambar yang dirakam, Abu Thurayyah boleh dilihat memanjat tiang elektrik dan mengibarkan bendera Palestin di atasnya.

Pada 15 Disember, Abu Thurayyah telah ditembak di kepala oleh ‘sniper’ Israel.

Seorang lagi warga Palestin, Yaser Sukkar, turut ‘syahid’ pada hari yang sama semasa melakukan protes di sempadan Gaza.

Dua lagi dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat yang dijajah , menjadikan jumlah kematian sejak keputusan Trump pada minggu pertama bulan Disember, berjumlah lapan nyawa.

Pada hari Sabtu, pengkebumian telah diadakan untuk Abu Thurayyah dan tiga rakyat Palestin yang lain terkorban sehari sebelum itu.

Jenazah Abu Thurayyah ‘dihantar pulang’ oleh beribu-ribu orang warga menjadikan jalan-jalan penuh sesak, untuk memberikan penghormatan kepada ‘batang tubuh’ yang tidak mungkin menjadi seorang pejuang Palestin kerana ‘kurang upayanya’.

Beliau selalu meninggalkan kerusi roda di rumah dan menghadiri perhimpunan dalam protes di sekitar Gaza, menyelimuti dirinya dengan bendera Palestin.

Dan beliau sedang membawa bendera itu, ketika telah ditembak oleh Israel.

Kekurangan dirinya bukan menjadi alasan kepada beliau untuk mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis dan membuktikannya, sehingga titisan darah yang terakhir!