Terengganu, Malaysia

Ahli dan Penyokong PAS Perlu Tegas Dengan Dasar dan Prinsip

Ahli dan Penyokong PAS Perlu Tegas Dengan Dasar dan Prinsip

Oleh : DMS

SETIU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan bahawa setiap dari ahli dan penyokong PAS perlu berpegang pada dasar dan prinsip parti dalam menghadapi politik persepsi serta media baru masa kini.

IMG_20151127_072713“………biar (ada) beza kita dalam PAS ni……..kita berjuang dalam PAS sebab PAS merupakan gerakan Islam, perjuangan Islam,

“ini dasar kita, ini prinsip kita, akidah kita! Inilah yang menyebabkan orang-orang dulu tahan berjuang dalam PAS ini,”jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada petugas PAS kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sempena lawatan dan ziarah Badan Perhubungan PAS hari ini.

Turut hadir Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir.

IMG_20151127_072752Menurutnya, jamaah Islam hanyalah satu bukannya berbilang-bilang dan adalah menjadi wajib bersama jamaah serta pemimpinnya selagi mana dasar tidak berubah.
Beliau menegaskan, PAAS tidak menolak sebarang perundingan dengan mana-mana pihak dalam menyelesaikan masaalah yang timbul dan dalam dalam apa jua situasi politik yang berlaku kini.

Menyentuh isu pertandingan ‘tiga penjuru’ yang mungkin berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, beliau menegaskan bahawa PAS Terengganu akan cuba mengelak daripada ia berlaku, di samping menuruti apa yang akan di putuskan oleh PAS pusat.

“mana-mana DUN yang kita sudah bertanding dalam PRU yang lepas, kita tak akan lepaskan, kita akan bertanding,” tegas Ustaz Satiful di hadapan petugas yang hadir.

IMG_20151127_072823Beliau turut mengharapkan agar setiap ahli dan penyokong PAS mendekati semua golongan, supaya mesej parti dapat di sampaikan seterusnya dapat menawan para pengundi DUN Batu Rakit kembali.

Sementara itu dalam program ziarah yang berlangsung pada sebelah petang, beliau bersama kepimpinan PAS yang lain telah turun ke kedai kopi, wakaf dan padang bola.

Sebanyak lima buah rumah dilawati dengan disertai oleh pemimpin peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Rakit.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan