ADUN Merlimau Meninggal; PRK ke-15 sejak 2008

876

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/adun%20merlimau2.jpgAnggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas meninggal dunia kira-kira pukul 8.10 malam Jumaat di Hospital Pakar Putra Melaka.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Radhuana Salleh mengesahkan kematian Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa itu yang menerima rawatan sejak seminggu lepas.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi, Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.

Oleh kerana kerusi Melimau ditandingi PAS pada PRU lalu, amalan biasanya Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada PAS untuk mewakili PR dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan