ADUN Chukai Gesa MPK Selesaikan Kesesakan Trafik

1269

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat menggesa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas jalan Persekutuan bermula dari jambatan Geliga hingga ke jambatan Bukit Kuang.

IMG-20150727-WA0070_resized“kesesakan sering berlaku pada waktu puncak………….(saya) minta kepada MPK supaya melantik konsultan untuk mengkaji bagaimana untuk mengatasi kesesakan lalulintas yang berlaku ini,

“cadangan saya ialah supaya MPK dapat membina jalan ‘fly over’ (jejantas bertingkat) daripada jambatan Geliga (terus) hingga ke Bukit Kuang,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya MPK yang diadakan di Dewan Seri Amar Chukai, dekat sini pada Isnin 28 Julai.

Hanafiah turut bersama meraikan majlis anjuran itu MPK bagi ‘bertemu mata dan bertegur sapa’ dengan kakitangan kerajaan dan warga Chukai yang rata-rata hadir, menjadi tetamu.

“sambil menghulurkan salam bersama tetamu yang hampir sebahagian besar warga yang mengundi di DUN chukai, sambil (saya) mendengar keluhan hati mereka yang tertekan dengan kenaikan harga barangan khususnya barangan keperluan,

IMG-20150727-WA0068_resized“disamping tambahan kos cukai barangan GST dan kenaikan harga minyak petrol yang terpaksa ditanggung oleh mereka,”tambah beliau.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu turut menggesa kerajaan menyelesaikan pembinaan pusat sehenti yang menempatkan pasar basah, pasar borong terminal bas dan terminal kereta sewa.

Katanya, apa yang dipanggil sebagai ‘Chukai Sentral’ itu dicadangkan akan dibangunkan di Taman Chukai Utama adalah amat penting bagi membetulkan aliran trafik dan mengelakkan penumpuan pembangunan hanya di satu kawasan sahaja.