KUALA TERENGGANU – PAS merasa pelik dan mempersoalkan, mengapakah timbul haluan baru yang agak menyimpang dari rancangan asal Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir ini yang kononnya telah mendapat pelaburan RM5 billion itu?
Ketua Penerangan PAS Kuala TerengganuAhmad Amzad Hashim menyatakan, ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) membayangkan akan membina infrastruktur dan hotel-hotel mewah yang mencakar langit akan dibina di Seberang Takir.
“Sehingga (ECER) berbelanja besar untuk pelbagai projek infrastruktur yang berkaitan termasuk jambatan boleh angkat drawbridge yang gah berkenaan?
“Apa sebenar yang berlaku kepada projek berbillion KTCC di Seberang Takir? Benarkah projek inipun sedang bermasalah?,”soal beliau.
Amzad yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat berkata, Unit Komunikasi negeri Terengganu telah menyatakan tentang kemungkinan industri petroleum yang akan dibina adalah industri petroleum yang bersifat hiliran.


Oleh itu, katanya, PAS sekali mencadangkan agar Menteri Besar mengguna pakai kawasan industri sedia ada di Gong Badk, untuk tujuan tersebut.
“Lantaran itu saya telah mencadangkan (agar) industri hiliran petroleum seperti Hub Barangan Plastik untuk kegunaan domestik boleh dimajukan di kawasan Perindustrian Gong Badak berdekatan yang masih kelihatan lesu.
“(atau pun kilang) baja urea pun………konsepnya industri yang dimaksudkan adalah hiliran sifatnya,”jelas beliau.
Menurutnya, dengan tindakan tersebut kerajaan dan rakyat negeri Terengganu tidak akan kerugian akibat pelaburan hampir RM500 juta yang telah dihabiskan ke atas muara sungai, memperdalamkan dan pembinaan benteng pemecah ombak.
Katanya, ia patut dimanfaatkan dengan industri sokongan carigali petroleum di pesisir pantai………antara lain (adalah) khidmat pertukaran ‘kru’ kapal, isian semula diesel dan air bersih dan pelbagai perkhidmatan sokongan logistik yang lain.
“Ini termasuk kemungkinan (mengujudkan) pelabuhan sederhana sebagai pintu masuk barangan Indocina atau transit sebelum ke pelabuhan Kemaman,”tambah beliau




























