Aceh Serius Laksana Perundangan Islam

941
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/polis%20aceh.jpg

di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.

Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.

“Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.

Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.

Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi.

Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu

Bermula semalam 4 Januari pula, Aceh mengeluarkan arahan wanita tidak dibenarkan membonceng motosikal dengan lelaki selaras dengan penguatkuasaan undang-undang syariah Islam.

Menurut Datuk Bandar  Lhokseumawe, Suaidi Yahya, ia diharamkan demi menjaga tingkah laku dan moral rakyat wilayah Indonesia itu.

Risalah turut diedarkan bagi menyedarkan penduduk tempatan mengenai peraturan baru itu.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia mengamalkan undang-undang syariah, lapor BBC.

Di bawah peraturan baru itu, Datuk Bandar mengatakan wanita hanya dibenar menaiki motosikal jika ada pelana sisi atau tempat duduk tambahan kerana membonceng bersama lelaki dan perempuan melanggar nilai-nilai Islam.

“Apabila seorang wanita membonceng motorsikal, dia kelihatan seperti seorang lelaki berbanding jika duduk di tempat duduk tambahan, baru kelihatan seperti wanita,” kata Suaidi.

Katanya, pembonceng yang duduk di tempat duduk tambahan juga jarang jatuh.

Kerajaan tempatan akan menilai undang-undang baru ini dalam masa sebulan.

Ditanya sama ada mereka yang melanggar peruntukan itu akan dihukum, Suaidi berkata:

“Apabila ia menjadi undang-undang, secara automatik hukuman akan dikuatkuasakan.”

Bagaimanapun menurut laporan BBC, Ulil Abshar Abdalla, aktivis yang berpejabat di Jakarta mengkritik pendekatan baru itu.