97 Syarikat Antarabangsa AS Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Perintah Trump

2809

Larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump didakwa oleh 97 syarikat-syarikat antarabangsa terkemuka Amerika sebagai melanggar Perlembagaan, undang-undang imigresen dan membahayakan perniagaan.

Firma-firma tersebut termasuk Google, Apple, Microsoft, Facebook dan Twitter antara yang termasuk dalam tindakan mahkamah yang mencabar perintah itu.

Mereka mendakwa dalam dokumen yang ditandatangani yang dipanggil sebagai perintah eksekutif Trump menimbulkan perubahan secara tiba-tiba dalam kaedah-kaedah yang mengawal kemasukan ke Amerika syarikat, dan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada syarikat-syarikat AS.

Perintah Trump tersebut menghalang pendatang dan pelarian dari tujuh negara majoriti umat Islam Islam daripada memasuki Amerika Syarikat.

“Pendatang membuat banyak penemuan yang terbesar di negara ini, dan membuat beberapa syarikat yang paling inovatif dan ikonik di negara ini,” menurut kenyataan syarikat-syarikat terbabit.

Usul mahkamah itu difailkan pada petang Ahad kepada mahkamah ‘Ninth Circuit Court of Appeals’ di San Francisco.

Mahkamah yang sama awal pagi semalam telah membuat keputusan menolak permohonan Jabatan Kehakiman untuk meneruskan larangan perjalanan itu, selepas seorang hakim persekutuan pada Jumaat menterbalikkan perintah eksekutif Trump itu.

Mahkamah rayuan di San Francisco telah meminta kedua-dua pihak memfailkan hujah undang-undang masing-masing, sebelum ia membuat keputusan muktamad.

Pakar undang-undang berkata kes itu boleh akhirnya mungkaun akan diputuskan oleh Mahkamah Agung.