8,000 Graduan Jururawat Menokok Jumlah 76, 200 Siswazah Menganggur

1823
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/siswazah%20menganggur.jpg

Menurut Pegerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah, sebelum ini Timbalan Menteri Kementerian yang sama Datuk Maznah Mazlan mengesahkan seramai 76, 200 siswazah yang menganggur.

“Kita menggesa Menteri dan Kementerian Tenaga Manusia menyelesaikan masalah pengangguran dikalangan siswazah yang semakin meruncing pada masa yang sama dilaporkan ekonomi kita dalam pertumbuhan yang baik,

“bukan hanya membuat pendedahan tetapi ‘pencapaiaan’ mestilah diutamakan dan rakyat mahu lihat penurunan angka pengangguran tersebut,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam akhbar berbahasa Inggeris yang mencadangkan supaya jururawat yang menganggur menerima sebarang kerja di luar hospital umpamanya di rumah-rumah penjagaan kanak-kanak dan orang tua.

Fauzi yang juga menguruskan rangakaian pusat jagaan kanak-kanak tidak yakin bahawa adanya peluang kerja bagi para jururawat terbabit di premis-premis yang dimaksudkan.

Katanya, bukan hanya pusat-pusat sebagaimana di cadangkan Dr S Subramaniam, bahkan graduan menganggur kini terpaksa bekerja di kedai-kedai makan dan pusat-pusat beli belah sebagai jurujual, akibat peluang pekerjaan yang amat terbatas.

Menurutnya, pada bulan Mei lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan tidak menyatakan jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan bagi menampung 76, 200 graduan yang menganggur, sebaliknya menyalahkan graduan kerana tidak mempunyai kemahiran.

“jika itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri bermakna seluruh universiti di negara ini gagal mendidik para graduan tersebut dengan kemahiran yang dimaksudkan….sedangkan mereka telah tamat pengajian dan memiliki segulung ijazah,

“dan kalau ini sikap yang ditunjukkan oleh Kementerian terbabit, ia tidak akan membawa sebarang penyelesaian kepada masalah pengangguran yang berlaku di kalangan graduan,”jelasnya.

Beliau bimbang akan berlaku peningkatan gejala negatif dan ‘jenayah profesional’ apabila para siswazah dan graduan ini tidak diberi peluang yang secukupnya untuk bekerja dalam bidang-bidang profesionalisma mereka.

“maka akan lahirlah jenayah yang lebih ‘sophisticated’, jenayah yang lebih yang lebih kronik, apabila para graduan dan siswazah ini tidak ada pilihan dan terpaksa memilih ‘lorong gelap’ untuk meneruskan kehidupan mereka,”tegasnya