70 Tahun PAS Kekal Utuh

691

Ahamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan pertolongan dari-Nya PAS kekal utuh di tanah air ini.

Bermula perjuangan untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah, kemudian memerintah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Hari ni, PAS telah berjaya memerintah tiga buah negeri dan berada dalam kerajaan persekutuan.

Ucapan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Kedah atas usaha mengharamkan operasi semua kedai judi nombor ekor di negeri Kedah.

Dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah ketika berkerajaan, PAS mesti berusaha untuk sentiasa ke hadapan dalam isu melibatkan orang Melayu dan Islam.

Oleh itu, Jentera dan petugas PAS tanpa mengira posisi hendaklah saling bekerjasama dan istiqamah menggerakkan amanah ini.

Insya-Allah, sambutan Ulang Tahun Penubuhan PAS yang ke-70 Tahun akan diadakan di Terengganu.

Saya menyambut baik hasrat tersebut dan mengharapkan kerjasama yang baik dari semua jentera PAS terutama mereka dari Terengganu untuk menjayakan program khas ini.

“Islam Menyatukan Ummah”

Yang Benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain Bin Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Negera