70 Pelajar Jadi Pelanggan Khidmat Gunting Rambut Pemuda Batu Rakit

799

Oleh : DMS

SETIU – Penyelaras Pemuda Dun (PPD) Batu Rakit hari ini telah menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada parapelajar yang akan memasuki sesi persekolahan baru yang akan bermula pada Ahad.

Program julung kali di selenggara penuh Pemuda bertempat di Pejabat DUN Batu Rakit, Kampung Pancur Kuin, telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.

Menurut Ketua Pemudanya Ustaz Shafizi Ismail program khidmat masyarakat itu akan diteruskan pada masa akan datang, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos sara hidup yang di tanggung oleh ibu bapa sekarang ini.

IMG-20160101-WA0081“kita menyediakan khidmat gunting rambut…….tujuan untuk meringankan beban yang di tanggung oleh ibu bapa sebagaimana kita tahu sekarang ni semua perkara kena bayar,

“bahkan harga yang sangat tinggi trpaksa di tanggung oleh ibu bapa” menurut Ustaz Shafizi yang juga Timbalan Lajnah Kebajikan pemuda Negeri (DPPNT),”ujar Shafizi pada Jumaat 1 Januari.

Sehubungan itu, seorang bapa, Adli Ngah,38, tahun yang di temui melahirkan rasa gembiranya dengan program yang telah di anjurkan Pemuda PAS itu.

“saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penganjur kerana telah memberikan khidmat ini yang sekurang-kurangnya, sedikit sebanyak meringankan beban kami sebagai ibu bapa,”kata bapa kepada dua orang anak itu.

‘Khidmat gunting percuma’ Pemuda dengan tiga petugas yang bertugas, menerima lebih tujuh puluh orang pelanggan dari mula ia dibuka pada jam 3 hingga jam enam petang.