Kerajaan Sewajarnya Meluluskan Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat

1930

Saya mengambil berkat membaca ayat yang disebut dalam ucapan bajet YB Dato’ Seri. Yang Allah Taal sebut maksudnya “Sesungguhnya memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang kamu dari perkara-perkara keji, mungkar, zalim, melampau batas. Allah memberi nasihat kepada kamu moga-moga kamu mengambil peringatan”.

Dalam ayat ini Allah Ta’ala mengatakan tiga suruhan tiga larangan. Suruhan yang pertama, menegakkan keadilan, kedua, ihsan dan ketiga, membantu kaum kerabat dan sebangsa.

Yang kedua Allah Ta’ala melarang kita melakukan tiga perkara yaitu keji, mungkar dan kezaliman. Semua perkara-perkara ini diajar oleh Allah, hanya saya nak fokus pasa 1 perkara yang disebut, yaitu ihsan.
“Allah Taal menyebut dalam AlQuran surah Assajdah ayat 7.
الذين أحسن كل شيء خلقه bermaksud dialah yang melakukan ihsan kepada semua perkara yang dia ciptakan.
ان الله كتب الاءحسان على كل شيء
“Sesungguhnya Allah Taala mencatatkan ihsan dalam semua perkara.

Menunjukkan bahawa kalimah ihsan ini memberi pengertian yang sangat besar bukan sahaja rasa kebertanggunjawaban tetapi ketelitian dan kesyumulan yakni lengkap merangkumi seluruj aspek dalam hidul kita. Dan asas ihsan yang disebut oleh nabi SAW, malaikat Jibril datang tanya nabi “ما هو الاءحسان” apa itu ihsan? kata nabi, الاءحسان ان تعبد الله كانه تراه، فاءن لم تكن تراه فاءنه يراك.
Al-ihsan itu ialah kamu menjadi hamba Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika kamu tidak dapat melihatnya, maka kamu sebenarnya hendak mengabdikan diri kepadanya dengan sesungguhnya ihsan memberi makna yang besar dalam kehidulan termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran, sehingga Allah Taal menyebut dalam 10 ayat bagi mengatakan betapa kasihannya Allah Taala kepada Orang-orang yang melakukan ihsan, dan melakukan kerja@kerja selaras dengan tuntutan konsep ihsan yang ada.

Berdasarkan kepada konsep inilah saya merasakan bahawa saya nak menyebut lima perkara atau enam perkara dalam masa yang singkat ini agar kita juga ambil perhatian untuk kebaikan rakyat dan anak-anak kita.

Satu, saya melihat didalam buku bajet yang dikemukakan atas P02 butiran projek 16908 untuk IQT-Institusi Quran Terengganu, hanya ‘token’ 10 dalam erti kata lain ada perutukan, kemungkinan tetapi saya tidak boleh melihat berapakah perutukan yang kerajaan sediakan bagi membangunkan IQT, lebih-lebih lagi saya dalam membelek-belek semua tulisan yang dikemukan ini atau pun catatan yang disediakan dalam bajet 2018 ini.

Bagaimana kerajaan telah mewar-war kan satu perkara yang sangat baik iaitu Kolej QA Terengganu, yang sepatutnya diberikan komitmen yang besar dalam menjayakan KQT ini, agar ianya jangan digabungkan kerana IQT kemungkinan tahabnya berbeza dengan KQT, kalaulah kerajaan boleh memperutukan 100 juta untuk pembinaan asrama sukan, sudah tentu kerajaan juga sebaikanya memberikan perutukan yang segera dan sewajarnya untuk membina kampus khusus kepada KQT ini agar mereka dapat membina agar mereka hidup dan memperkasakan pengurusan mereka dengan teliti dan lebih tersusun.

Kemungkinan kerajaan ada menguruskan dan memperutukan tetapi saya hanya mahu maklum berapakah kemungkinan untuk perutukan KQT, ini dan apakah keadaan KQT ini dalam mengurus Kolej yang baru diwujudkan ini.

Kedua, saya melihat dan saya mengalukan bagaimana kerajaan mengambil cakna khususnya dibawah Maidan atau pejabat agama, sekolah agama rakyat, pondok-pondok, Tahfiz-tahfiz yang adakah kerajaan memiliki SOP ataupun ‘Standard Operating Procedure’. SOP yang sewajarnya ditetapkan oleh kerajaan dan meluluskan apa-apa permohonan untuk pendaftar dibawah pejabat agama atau MAIDAM, sekolah-sekolah agama rakyat ini. memang sekolah agama rakyat ini memberikan saham yang besar dalam membina anak-anak kita dalam melahirkan mereka yang memahami agama dan generasi yang baik dan soleh.

Memang sewajarnya kerajaan perlu melonggarkan syarat-syaratnya dan ruang kebebasan kepada pondok-pondok, sekolah agama rakyat dan tahfiz-tahfiz individu ataupun swasta yang dibina ini kerana mereka kemungkinan memiliki metodologi pengajian yang berbagai-bagai mengikut keadaan dan keperluan mereka masing-masing tetapi saya melihat kerajaan tidak seolah-olah memiliki SOP yang kemas dalam menentukan pendaftaran sekolah-sekolah ini contoh saya dimaklumkan kemungkinan kerajaan lebih tepat pemaklumannya Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin di Dungun sudah bertahun-tahun membuat permohonan berdaftar dibawah pejabat agama, ada yang mengatakan bahawa pendaftarannya atau permohonannya hampir tiga tahun atau empat tahun sehingga hari ini.

Permohonannnya belum lagi diluluskan dan belum lagi mendapat maklumat yang lengkap samada tidak diterima ataupun diterima, oleh itu saya harapkan kerajaan memberikan SOP yang jelas tentang pendaftaran tahfiz-tahfiz yang ada diwaktu yang sama diperluaskan dan dilonggarkan kerana mereka kemungkinan memiliki metodologi yang berbeza-beza dalam mengurus sekolah masing-masing.

Ketiga, mengenai Taman Ilmu yang telah dibina sejak daripada 2009 sekarang 2017 hampir lapan tahun taman ilmu ini, sekolah-sekolah terbengkalai, terbiar atau gunalah bahasa yang lebih lunak sudah tentu pihak kerajaan juga memperakui dalam jawapan-jawapan pagi tadi bahawa disana ada masalah dalam mengurus atau masalah dalam menjayakan taman ini hanya saya memberikan satu cadangan agar rakyat tidak tertanya-tanya apakah masalah utama dia adakah kerana syarikat Posti-C berhad ini tidak memberikan kerjasama atau syarikat ini tidak memiliki keupayaan. Adakah masa kerajaan memilih kerajaan ini, syarikat kerajaan ini memberikan janji-janji manis sehingga hampir beberapa tahun gagal dalam memenuhi tuntutan dalam membangun taman ilmu ini.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa khas dan disediakan kertas putih agar laporan lengkap kenapa taman-taman ilmu ini tergendala atau terbiar sehingga 2017 ini. Dengan harapan keadaan ini tidak berulang dan rakyat boleh menilai dan rakyat boleh mengetahui permasalahan-permasalahan yang ada.

Kelima, mengenai Top IT dimana masa depan Top IT laporan ketua audit negara 2016 telah menyatakan tentang Top It ini, sudah tentu tugas, tugas aktiviti-aktiviti ini sedang berjalan atau hampir tidak. Apakah sumbangan-sumbangannya terhadap kerajaan negeri ataupun Yayasan Pembangunan Keluarga oleh Top IT. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan cadangan-cadangan dan komen-komen masalah yang disebutkan oleh laporan ketua audit negara 2016 ini, agar Top It terus berjalan dengan baik dan memberikan saham-saham yang besar kepada masyarakat.

Yang terakhirnya, Dato’ Yang Dipertua kerana masa yang amat singkat saya melihat dalam bajet Terengganu 2018 dan juga, saya pernah membaca dalam bajet 2016 diatas P02 tidak silap saya yaitu nombor kodnya 01754 sistem saliran Padang Lebang, Marang sejak 2016, kerajaan negara kerana peruntukan projeknya 1 Juta 2016. Demikian juga 01930 projek saliran Sungai Buaya dan Sungai Seluang, Marang 4.2 Juta saya mahu perkembangan semenjak daripada 2016 kerajaan telah memperuntukkan 1 Juta 2016, juga 1 Juta kali ini 2018 juga memperuntukkan 1 Juta adakah kerajaan telah membelanjakannya ataupun masih lagi mengulang anggaran itu dalam keadaan projek belum terlaksana.

Keadaan nak menuju ke Terengganu agar melalui jalan utama Kuala Berang Bukit Payong dan disitulah berlakunya banjir yang orang tahu di Alur Lit atau Padang Lebang yang perlu diselesaikan kalau peruntukan sudah wujud saya rasa peruntukan ini perlu disegerkan perlaksanaannya untuk memberikan keselesaan khususnya kepada penduduk-penduduk setempat disitu dan seluruh rakyat yang melalui laluan.

Hanya yang terakhir saya juga nak sebut kerana rakyat saya baru mesej tentang satu permintaan agar saya sebut didalam dewan ini mengenai bantuan tayar kepada pemandu teksi kereta sewa, dia kata ada 30 orang tapi saya tidak pasti tuan-tuan boleh tahu dan kerajaan boleh jawab apa yang saya sebut ini, bahawa beliau sebut tentang namanya iaitu Encik Roslan daripada Bukit Payong Atas Tol, Encik Roslan bin Encik Ros pemberian bantuan tayar percuma kepada pemandu teksi sempena ucapan bajet 2017 sepatutnya bantuan ini diberikan kepadanya pada 25 September tapi dia kata ada 30 orang tertinggal dan saya mengharapkan agar permohonan beliau dan beberapa orang rakannya perlu diambil tindakan segera diatas bantuan yang dijanjikan tetapi hakikat yang sebenarnya kerajaan tahu moga-moga apa yang beliau sebut ini memberikan kecaknaan oleh pihak kerajaan dan saya rasa cukuplah sekadar itu pada waktu yang singkat.

***Ucapan Perbahasan Bajet 2018 ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, pada 12 Disember, 2017