Terengganu, Malaysia

61 Buah Rumah Dan Sebuah Sekolah Rosak Akibat Ribut

61 Buah Rumah Dan Sebuah Sekolah Rosak Akibat Ribut

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Sebanyak 61 buah rumah dan sekolah di Bandar Al-Muktafi Billal Shah (AMBS) dekat sini, rosak dilanda angin kencang.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menggesa agar penduduk setempat bersabar dengan tragedi yang tidak dijangka ini.

“Saya berharap agar penduduk bertenang, bersabar dan beristighfar diatas kejadian yang berlaku tiba-tiba ini,

61 Buah Rumah Dan Sebuah Sekolah Rosak Akibat Ribut“banyak-banyak berdoa dan bersabar diatas ujian ini,” ujarnya ketika ditemui pada petang Ahad 26 Ogos.

Beliau ditemui pihak media ketika meninjau kawasan yang terlibat dengan ribut yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, sejurus mengetahui tentang kejadian musibah yang menimpa penduduk di AMBS.

“Bagi memastikan keselesaan sementara kepada penduduk pada malam ini,

61 Buah Rumah Dan Sebuah Sekolah Rosak Akibat Ribut“jika ada rumah yang tidak selesa untuk didiami kita akan membuka bilik gerakan bencana,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Bukit Besi turut memaklumkan bahawa, asrama Sekolah Menengah Durian Mas juga turut rosak.

Haji Ghazali mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah pun turun bagi meninjau keadaan mangsa.
61 Buah Rumah Dan Sebuah Sekolah Rosak Akibat Ribut

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan