Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Muslimat PAS Terengganu memperkukuhkan jentera dan ‘kesiapsiagaan di kubu masing-masing’ bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke14 (PRU 14), untuk memastikan kemenangan dan kembali mentadbir Wisma Darul Iman.
Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata ia adalah sebagai meyahut seruan Ucaputama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang di Konvensyen dan Munaqasah Rakyat PAS Terengganu, Sabtu lalu.
Kata beliau, antaranya adalah mempersiapkan tenaga muslimat termasuk penceramah hingga ke peringkat cawangan.
“Alhamdulillah dengan program yasin dan sebagainya, di situlah muslimat boleh menyuarakan isu-isu dan fakta-fakta hendak disampaikan kepada rakyat seluruhnya,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Muslimat PAS Terengganu di konvensyen tersebut di Masjid Lama Kampung Sura, di sini pada 19.Julai lalu.
Tuan Roslina turut memuji usaha Lajnah Penerangan Hubungan Media, Muslimat PAS yang telah mengadakan Lawatan Berinformasi ke Kenyir baru-baru ini.
Katanya, ia telah memberi ‘input’ berguna kepada penceramah-penceramah muslimat dengan bukti-bukti yang jelas tentang penyelewengan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu.
“Perkara ini dibuat supaya penceramah melihat sendiri di mana dia Pulau Bebas Cukai yang di buat oleh kerajaan negeri, di mana Taman Burung, supaya kita dapat menceritakan kepada mad’u kita,”
“dengan ada bukti sehingga ke tahap ‘haqqul yaqeen’ ,bukan sekadar mendengar atau melihat tayangan-tayangan video PAS sebagaimana yang selalu”, tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Mohd Nor menekankan bahawa anggotanya di semua peringkat mestilah konsisten dalam melaksanakan pelbagai program.
“Memperkasakan ‘Ameerah Care’ dengan program ziarah dan kita pergi ‘direct’ kepada sasaran, ‘ ‘touch’, sentuh sasaran iaitu pengundi muda, kita menyelami ,merasai permasalahan dan yang penting kita mendekati pengundi muda,”
“Saya lihat Ameerah mampu menarik pelbagai latarbelakang belakang pengundi untuk hadir ke program Ameerah”, ujar Zuraida.
Beliau yang ditemui di program tersebut seterusnya menjelaskan, Ameerah telah mengatur program kempen dan penerangan supaya lebih teratur dan bermatlamat.
“Contohnya memberi penerangan dan menguasai isu, dengan program Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, DMPNT, Lawatan Berinformasi,”
“saya amat tertarik , kita.akan memberi pendedahan kepada pengundi muda tentang isu-isu di negeri kita, apa penyelewengan di negeri Terengganu itu sendiri,” terang beliau lagi.
Manakala seorang peserta yang ditemui, Normah bt. Idrus berkata, topik berkisar Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diketengahkan pada Konvensyen, memberi ingatan kepada setiap ahli PAS supaya menerangkan isu-isu dengan fakta yang betul.
“bukannya ‘dengar orang kata’ disamping perkemaskan kerja-kerja pilihanraya untuk memenangi PRU 14,” tambah beliau.