Muslimat Terengganu Digesa Kerja ‘Luar Biasa’

1708

ALOR SETAR – Muslimat PAS negeri Terengganu digesa meningkatkan ‘luar biasa’ kerja selaras halatuju yang ditegaskan dalam Ucapan Dasar Presiden.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman adalah tenaga yang sangat penting untuk bersama-sama memacu kemenangan pada PRU ke 14.

“kita muslimat antara tenaga penting dalam menerima arahan-arahan dalam perasmian ucaptama oleh Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

“in shaa Allah akan dilaksanakan diperingkat muslimat Negeri Terengganu bersama-sama untuk Memacu Kemenangan pada PRU 14 nanti,” ujarnya.

Selaras dengan hasrat tersebut, kata beliau, muslimat juga mesti saling lengkap melengkapi dan meletakkan halatuju yang sama.

Beliau berkata ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, pada Sabtu, 29 April.

Oleh itu, beliau menyeru agar, seluruh tenaga digemblengkan bagi mencapai hasrat Tuan Guru Presiden.

“semua jentera muslimat dan muslimat muda Ameerah, Nusaibah dan Briged semestinya bersiap untuk kerja luar biasa turun mendampingi pengundi muda,

“dengan memberi penerangan tentang BPMS sejelas jelasnya supaya agenda parti tidak di manipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujar beliau lagi.

Beliau menambah, muslimat muda mesti bersedia untuk mendekati pengundi dikalangan ‘rakan sebaya’.

“mereka dalam merangka program memberi penerangan sehingga benar-benar di fahami oleh golongan muda ini (dan) mestilah merealisasikannya ke semua lapisan masyarakat.

“Di samping mereka turun kebawah bukan sahaja membawa gagasan (bahkan) mempraktikkan kepada keluarga,

“sanak saudara, rakan taulan hatta kepada musuh,” tegas beliau.