Seramai lebih 500 orang profesional bidang perubatan dan kesihatan termasuk para doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan dan lain-lain profesion dalam bidang perubatan & kesihatan telah bersama dalam menjayakan Simposium Himpunan Professional Perubatan & Kesihatan Istiqamah 2015 yang di adakan di Kompleks Purnama di sini hari ini.


Ternyata simposium ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan profesional sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa golongan profesional tidak lagi bersama parti Pas.


“Simposium ini telah berjaya mengumpulkan ribuan profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan yang masih istiqamah dengan perjuangan Pas. Kami sangat teruja denga kehadiran yang sangat menggalakkan” kata Dr Airifin, salah seorang ahli jawatan kuasa program.


1. Profesion perubatan dan kesihatan istiqamab perlu bergerak aktif bersama PAS kerana prinsip perjuanhannya yang jelas disamping sejarahnya yang panjang.
2. Memperkasakan APS dalam memperjuangkan agenda kebajikan dan kesihatan rakyat sebagai satu cabang dakwahnya.
3. Membentuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan saf istiqamaj bagi melancarkan gerak kerja jemaah.
4. Menubuhkan sebuah dlbadan pemikir untuk membantu PAS berkaitan dengan dasar kesihatan dan perubatan negara.
Dr Md Ariff Ibrahim
Pengarah Shifa 2015





























