500 Pemuda Kuala Nerus Ikrar Selamatkan Negeri, Negara

828
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/xpressi%20K%20Nerus1.jpg

Program yang diadakan bersekali dengan Himpunan Xpressi Anak Muda Kuala Nerus itu berjalan dengan baik, walau pun terdapat dengan pertembungan perarakan yang dianjurkan oleh Umno Bahagaian Kuala Nerus.

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridzuan Hashim menolak tohmahan Umno yang mendakwa pogram Xpressi  Anak Muda adalah program ‘bergalak’ (suka-suka) berbanding dakwaan Umno bahawa kononnya mereka ‘berselawat’ memperingati Nabi SAW.

“ada cakap-cakap dikalangan jawatankuasa, JKKK dan pimpinan Umno bahawa hari ini kononnya kita berhimpun nak bergalak, mereka (Umno) pula berhimpun nak ‘selawat’, kita nak menegaskan bahawa perhimpunan kita ini adalah perhimpunan jihad untuk menegakkan agama Allah,

“apa makna mereka berarak dan berselawat diwaktu yang sama mereka menjunjung hukum hakam ciptaan manusia dan pada masa yang sama menghia hukum-hukum Allah SWT,”tegasnya ketika berucap.

>>berita lanjut menyusul>>