Oleh : Aziz Ismail
DUNGUN – Seramai 45 orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Paka, telah menerima anugerah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari ADUNnya Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam satu majlis di sini, semalam.


Beliau yang berasal dari Taman Murni Perdana, Paka, ketika ditemui berkata sudah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
“saya dah buat beberapa permohonan untuk melanjutkan pelajaran termasuklah ke Universiti al-Azhar Mesir, Universiti Madinah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan beberapa yang lain,
“tengoklah di mana rezeki saya, In sha Allah saya akan sambung (belajar),”ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu itu.


Beliau adalah pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, yang mendapat semua gred A dalam kesemua sebelas mata pelajaran yang diambil, pada peringkat SPM.
Fatimah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya mana-mana universiti di Jordan atau di Mesir.
“jika diizinkan Allah………saya nak ke Jordan atau Mesir…..terima kasih kepada pihak DUN Paka yang mengadakan majlis ini dan juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa,
“guru-guru dan semua pihak yang mendidik kami sehingga berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut


























