Saya telah menerima undangan langsung dari Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA) ke majlis perasmian Himpunan 20K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan yang berlangsung hari ini.
2. Selaku Setiausaha Kongres Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada PINTA atas kejayaan menganjurkan Himpunan 20K para huffaz yang mewakili kira – kita 300 buah Maahad Tahfiz dari seluruh negara.


4. Saya yakin PINTA akan berjaya mengangkat imej dan kualiti Maahad Tahfiz seluruh negara agar menjadi sebuah institusi utama untuk melahirkan generasi al Quran malah saya doakan sebaiknya agar dapat mencapai nisbah satu keluarga muslim seorang hafiz al Quran pada masa akan datang.
5. Sebelum ini Kongres Rakyat telah menggesa kerajaan agar serius memperkasakan institusi pengajian Islam, sekolah agama rakyat termasuklah pusat pengajian tahfiz Al Quran yang merata diseluruh negara agar ia benar – benar berfungsi serta memberi impak maksima dalam mencetak generasi yang soleh dan bertaqwa.
6. Kelahiran PINTA sangat dialu – alukan agar menjadi satu gabungan yang efektif menjulang imej huffaz Al Quran agar tidak dipandang sinis oleh sebahagian masyarakat apa lagi dianak tirikan dalam sistem pendidikan perdana.
Nasruddin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat



























