KUALA TERENGGANU – Hanya Allah yang tahu betapa runtunnya hati ini mendengar sendiri kata-kata motivasi dari seorang pesakit yang begitu tabah menerima ujian kesihatan.


Beliau merujuk ketika ziarah seorang sahabat seperjuangan yang diuji penyakit Kanser tahap 4, Nasir Awang. Kunjungan rombongan menyentuh hati Saudara Nasir hingga menitiskan air mata.
Rombongan ziarah kebajikan lajnah tersebut pada Khamis, 12 November, yang kali ini diadakan di daerah Besut. Beliau turut ditemani seramai 4 orang lagi ahli jawatankuasa DMPNT.
“Melalui Ziarah Mahabbah ke Besut ini kami mengambil peluang menziarahi 6 buah rumah yang diuji dengan pelbagai musibah dan masalah kesihatan. Program turun padang ini juga bagi mengadakan pertemuan dan ramah mesra bersama LKK Besut, ” ujar beliau.


“Alhamdulillah, program turun ke Besut ini kiranya 2 dalam 1. Kami dapat perkemaskan gerakerja LKK, serta dapat mengeratkan ukhuwwah melalui ziarah. Walau sumbangan kami hanya semampunya, namun yang penting adalah menyantuni saudara kita yang diuji dengan pelbagai musibah.”
Beliau mengucapkan ribuan penghargaan di atas sambutan dan kerjasama dari kepimpinan Muslimat kawasan Besut untuk ziarah kali ini.
“InsyaAllah, LKK akan sentiasa bersedia untuk membantu dan menggerakkan lajnah ini agar berfungsi sebagai wakil muslimat khususnya, serta PAS umumnya. Sesuai dengan mesej yang kita bawa, Islam rahmat untuk semua,” ujar beliau mengakhiri.



























