Majlis Raya NR Café-Media Berkongsi Kemeriahan

2056

OLeh : Azizah Mahmood

KUALA NERUS – Majlis sempena hari raya Aidilfitri yang dianjurkan NR-Café bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu pada Sabtu 8 Ogos, bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat.

IMG-20150809-WA0058_resizedBendahari KAMI Nazmi Ghazali, yang juga pemilik restoran tersebut berkata, ia diadakan bagi mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

“majlis raya NR-Café dibuat pada setiap tahun dan tahun ini bergabung dengan kelompok media, khususnya KAMI untuk (bagi) memeriahkan lagi majlis sambutan yang di buat,

“dalam (kita) mensyukuri rezeki yang di berikan Allah dan (yang) wajar di kongsi bersama masyarakat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan menjemput para aktivis media yang turut menjadi ‘tuan rumah’ sambutan tersebut ia dapat menghilangkan sebarang prasangka antara satu sama lain.

Kemeriahan dapat dilihat apabila para pengunjung datang dan memenuhi restoran NR-Café di Kampung Tok Jembal, sebaik ia dibuka keada orang ramai pada jam 2.00 petang.

raya nrcafe-mediaKanak-kanak yang datang bersama keluarga teruja menjamah ayam bakar dan bermacam lagi menu ‘tradisional’ yang di hidangkan.

Seorang pengunjung yang datang bersama keluarga mengucapkan rasa terima kasih diatas sambutan yang dibuat.

“setiap tahun saya selalu datang dan tahun ini Alhamdulillah………makanan pun banyak, dan saya rendang dagingnya (sedap),” ujar Puan Haslina Ali dari kampung berhampiran.

Majlis yang meraikan rakan media bersama pelanggan NR-Café itu, dilayan oleh para petugas media, wartawan, jurufoto dan juru video, termasuk wartawan Sinar Haruan dan lain-lain media perdana.