Terengganu, Malaysia

31 Ekor Korban dan Aqiqah di Rusila

31 Ekor Korban dan Aqiqah di Rusila

Oleh : De Fonso

MARANG – Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merasmikan majlis Qurban dan Aqiqah Perdana anjuran Maahad Darul Quran, Rusila.

IMG-20141007-WA0043Program tahunan ini berlangsung di perkarangan asrama Maahad tersebut bermula jam 7.30 pagi dan selesai kira-kira jam 12.00 Tengah hari,Selasa 7 Oktober.

Menurut pengarah program, Ustaz Hj Rozman berkata tahun ini penyertaan bertambah dan permintaan amat menggalakkan sebanyak 56 ekor lembu dan seekor kambing berjaya di qurbankan.

“Dan tempat penyembelihan dibahagi kepada 2 tempat iaitu 31 ekor di Rusila dan selebihnya di Kampung Banggol Peradong.

“Hasil qurban ini akan digunakan sebagai lauk makanan harian pelajar-pelajar MDQ,”ujarnya

Beliau juga berkata Insyaallah program seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan