30,000 Hadir Bersama Himpunan Hijau di Dataran Merdeka

1452
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/hijau%20dataaran%20merdeka.jpg

Selain itu, semua akhbar alternatif media baru turut melaporkan satu himpunan luar jangkaan yang dilaporkan oleh The China Press mencecah ke angka 30,000 orang.

Semalam kumpulan aktivis alam sekitar itu telah bermalam di Kolej Universiti Islam Zulkifly Mohamad (KUIZM) atau lebih dikenali sebagai sebelumnya sebagai Markas tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Bermula pagi Ahad 25 November kumpulan tersebut telah bergerak melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar, menuju ke Dataran Merdeka.

Pada jam 3.30 petang, menurut Malaysian Insider, kumpulan daripada Sentul bertemu dengan satu lagi kumpulan yang menunggu di Maju Junction dan kemudiaannya bergerak bersama menerusi Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke destinasi tujuan.

Beberapa organisasi bukan kerajaan seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), wakil daripada Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (KLCAH), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan banyak lagi turut hadir pada perhimpunan hari ini.

Perarakan melibatkan jarak sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS Taman Melewar dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, dilaporkan Malaysiakini, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/hijau%20dataran%20merdeka1.jpgSeorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di KUIZM Taman Melewar malam tadi, terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.

“Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik. Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi,” katanya.

Darui jumlah 2,000 peserta, ia ‘membengkak’ menjadi 5,000 orang ketika perarakan melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak.

Kemudiannya, ia menjadi semakin membesar, dianggarkan bertambah sehingga 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 20,000 orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak – Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 5.30 petang.

Peserta mula bersurai kira-kira pada 7 malam, namun demikian, beberapa orang aktivis masih setia bersama Pengerusi Himpunan Hijaua, Wong Tak yang telah memutuskan untuk bermalam di Dataran Merdeka.