Terengganu, Malaysia

30 Tahun Masih Bergantung Kepada Air Telaga

30 Tahun Masih Bergantung Kepada Air Telaga

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Kehidupan yang dilalui seorang penduduk Bukit Besi begitu sukar dalam mendapatkan bekalan air bersih dan masih lagi bergantung hidup dengan menggunakan air dari telaga tanah.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Ghazali Sulaiman berkata apa yang dilalui oleh Makcik Limah itu seolah-olah masih berada didalam tahun 70-an.

“Siapa sangka, siapa menduga? ini juga adalah pengajaran dan iktibar dari kerajaan yang lalu, akibat dari sikap ‘pilih bulu’, hanya ingin membantu kepada pihak yang memihak kepada kerajaan Barisan Nasional dahulu.

“Makcik Limah ini dibiarkan hidup dalam keadaan begini, seolah-olah tiada pembelaan, memang menyedihkan. Tambahan pula rumah yang didiami mempunyai pendawaian elektrik tidak sempurna, wayar berselirat, namun apa yang dipinta dan diharapkan oleh Makcik Limah ialah bagi mendapatkan perkhidmatan air, yang masih belum dirasai olehnya sekian lama, “ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, ketika berkunjung melihat keadaan rumahnya, semalam, di Simpang Santung, Al-Muktafi Billal Shah, semalam.

30 Tahun Masih Bergantung Kepada Air TelagaMenurut Ghazali makcik Limah atau nama sebenarnya Halimah Mamat, telah banyak kali membuat permohonan bagi mendapatkan bekalan air bersih.

“Jadi untuk tujuan itu kita akan cuba panjangkan kepada Pejabat Daerah Dungun, dan juga kepada Jabatan Kesihatan Daerah dan mengharapkan pihak berwajib mempercepatkan tindakan agar rumah ini mendapat bekalan air sebagai keperluan asas,”ujarnya.

Penghuni Rumah, Halimah Mamat, berkata, dia amat berterima kasih diatas keprihatinan pihak Majlis Tindakan DUN.

“Dah banyak kali dah membuat permohonan, adalah pihak yang datang menyiasat, namun hanya sekadar datang, namun tiada apa-apa jawapan,” ujarnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan