NGO dan Badan Dakwah……… Jom ‘Street Dakwah’!

813

Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu akan ber’xpdc dakwah’ malam ini 30 Ogos 2013 bermula seawal jam 10 malam bersempena Sambutan Malam Kemerdekaan Tanah Melayu bertempat di Pantai Batu Buruk dan Taman Shahbandar.

Aktiviti yang melibatkan seluruh jentera pemuda Kuala Terengganu di semua peringkat ini, bertujuan menyedarkan masyarakat khususnya golongan muda mudi yang keluar menyambut kemerdekaan tentang isu-isu semasa nasional seperti kebejatan gejala sosial dan tidak lupa juga isu antarabangsa seperti apa yang berlaku di Mesir sekarang ini.

street dakwah1Kami akan mengedarkan risalah-risalah kesedaran isu kepada pengunjung-pengunjung tempat berkenaan agar senantiasa mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling kita.

Saya selaku Ketua DPPKT mengharapkan agar semua pemuda dapat bersama-sama pada malam ini dan pada program-program yang bakal diadakan masa hadapan dalam usaha mengajak golongan muda mudi kepada Islam yang syumul dan bersifat menyelamatkan mereka bukan setakat di dunia bahkan di akhirat sana.

Saya juga berhasrat menjadikan aktiviti ‘Street Dakwah’ ini dapat disuburkan di kalangan masyarakat dari masa ke semasa dan menjadi acara berkala serta dibudayakan di kalangan pendakwah-pendakwah muda.

Saya menyeru NGO dan apa sahaja badan-badan dakwah Islam di Terengganu dapat bersama-sama menyertai kami menyuburkan budaya ini bagi membendung gejala tidak sihat serta meningkatkan kesedaran Islam di kalangan golongan muda.

MENCORAK MASA DEPAN

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU