‘R’ Terengganu merasakan pengkianatan terbaru Umno Terengganu terhadap duit royalti minyak yang sepatutnya tidak berlaku dengan merujuk kepada taburan duit hampir RM400 juta yang digunakan untuk memancing undi di PRK Kuala Besut.
Inilah akibatnya wang royalti tidak disalurkan melalui kerajaan Negeri dimana Wang ini sepatutnya untuk pembangunan rakyat Terengganu bukan untuk kempen Umno, RM377 juta melebihi kos stadium runtuh.


Dengan keluasan 700 ekar projek ini sepatutnya di siapkan dan dipercayai hanya memerlukan peruntutkan RM50 juta lagi untuk di siapkan.
Berapa pun nilainya untuk modal insan pendidikan anak negeri sewajarnya di teruskan.Taman Ilmu untuk menempatkan beberapa universiti dan kolej di atas sebidang tanah di Tembila, Besut.
Projek kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said “kurang memberi tumpuan, perhatian dan keutamaan” termasuk berkaitan kewangan terhadap projek pembinaan yang diinisiatifkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi menteri besar pada 2004.
Projek dijalankan atas sebuah tapak 700 ekar sebagai tapak untuk beberapa universiti dan kolej pendidikan, dengan kerajaan negeri akan menyediakan tujuh kemudahan iaitu Pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama, infrastruktur dan kompleks sukan .
R mendesak Ahmad Said menjelaskan isu ini dengan segera .
Naraza Muda
Pengarah Sektariat Royalti PRK Kuala Besut





























