120 Juta Dollar Dari Qatar Untuk Gaza dan Pelarian Syria

1034

Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani telah mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk segera menyediakan bantuan ke Semenanjung Gaza bernilai AS $ 32 juta.

Ia termasuk bekalan bahan api bagi menangani keadaan yang sukar berikutan ribut salji dan penutupan loji kuasa Gaza selepas kehabisan bahan api.

Agensi Berita Qatar melaporkan Emir turut memerintahkan bahan-bahan keperluan lain berjumlah AS $ 28 juta akan dihantar ke Gaza untuk membantu mereka menghadapi keadaan sejuk cuaca yang melampau.

Selain daripada itu, beliau juga mengarahkan bekalan bantuan segera berjumlah US $ 60 juta dihantar kepada rakyat Syria untuk membantu mereka menghadapi keadaan musim sejuk yang sukar.

Satu sumber rasmi daripada Kementerian Luar dalam satu kenyataan kepada media berkata, bantuan itu dihantar atas dasar tanggungjawab dan prihatin terhadap saudara-saudara di Palestin dan Syria.