100 Peserta Kem Motivasi Peperiksaan Percuma

1878

Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan

KEMAMAN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai mensasarkan 100 peserta Kem Motivasi Peperiksaan yang akan diadakan pada Sabtu hadapan, 24 September.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN YB Haji Hanafiah Mat, kem yang ditawarkan secara percuma itu akan diadakan pada Sabtu, 24 September 2016 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

dar at taqwa kemamanKatanya, program yang akan berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, Bakau Tinggi itu, adalah khusus untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun, dan tinggal di dalam DUN Chukai Sahaja.
“Kita (DUN Chukai) akan tangggung semua makan minum peserta kem termasuk fasilitator sepanjang kem berlangsung,

“Pemuda PAS Dun Chukai mesti mendapatkan peserta seramai 100 orang untuk menimba manfaat daripada kem ini,”katanya.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Ustaz Osamarizal Omar berkata, program tahunan tersebut akan diadakakan lebih awal memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang.

osama rizal“Kita tak nak mengulangi apa yang berlaku sebagaimana Kem tahun lepas, kerana musim hujan, kita terpaksa tunda pada (sehingga) bulan Januari 2015,

“sepatutnya kem berlangsung pada Disember 2014,”jelasnya.

Beliau menambah, ‘fasilitator’ Kem kali ini adalah terdiri dari para pencermah yang berpengalaman akan membentangkan empat kertas kerja, yang bakal memberi semangat bagi para pelajar menghadapi peperiksaan.

Justeru itu, katanya, ibu bapa yang berminat diminta menghubungi pihak Urusetia secepat meungkin bagi memastikan tempat bagi anak-anak mereka.

“Ibubapa yang berminat untuk hantar anak- anak ke Kem Motivasi Peperiksaan ini bolehlah hubungi Encik Maududi selaku Pengarah Program di talian 012- 370 4588,

“atau Ustaz Mujahid Din selaku Setiausaha program di talian 013- 970 2053,”ujarnya lagi