Oleh : Saifullah Jusoh
BESUT – Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Ustaz Nik Zawawi Salleh menyifatkan ‘manifesto 100 hari ‘Pakatan Harapan (PH) adalah satu pembohongan besar kepada rakyat.
Katanya, umat Islam yang berada di Malaysia sangat berduka cita apabila 10 janji gabungan parti-parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak dapat dilaksanakan
“Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kita. Justeru rakyat perlu sedar dan perlu berhati-hati dengan sebuah kerajaan yang sanggup menabur janji tetapi mereka tidak mampu melaksakannya.
“Bukan sekadar itu sahaja, kerajaan PH telah memperkenalkan cukai SST sebanyak 10 peratus,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia(KODIM) Kg Tok Has, dekat sini pada Jumaat, 24 Ogos.
Beliau mendakwa, PH menggambarkan SST lebih baik berbanding cukat GST tetapi hakikatnya kata beliau, SST lebih parah daripada GST.
“kerana cukai GST yang dilaksakan sebelum ini hanya dikenakan enam peratus sahaja, tetapi SST ialah 10 peratus.
“Kita mengharapkan rakyat memahami dan menyedari bahawa sistem cukai SST ini tidak rasional untuk dilaksanakan di negara kita,” jelas beliau.
Disamping itu kata beliau, janji untuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan banyak lagi yang lain, juga gagal dilaksanakan.
Justeru itu, beliau menggesa rakyat agar menolak kerajaan PH dalam PRU yang akan datang kerana katanya, kerajaan PH adalah sangat tidak rasional.
“Jika diizinkan PAS memerintah Malaysia, in shaa Allah kita dapat laksanakan benda yang jauh lebih daripada apa yang dijanjikan oleh kerajaan PH.
“Pembohongan janji-janji ini memberi kesan yang sangat besar kepada pelabur-pelabur asing dan rakyat Malaysia apabila ekonomi negara kita pada masa kini terumbang-ambing dan tidak menentu,” kata beliau lagi.











