“Sejumlah besar tentera dibawa dari Jabal al-Zawiya ke Aleppo, yang lebih penting bagi pihak rejim berbanding Idlib,” kata jurucakap pemberontak dari Tentera Pembebasan Syria (FSA), Kolonel Abdel Jabbar.
Beliau percaya pasukan tambahan itu dihantar berikutan pertempuran sengit di Aleppo dan beberapa wilayah “dibebaskan” pada Isnin lalu.
“Pertempuran sedang berlaku sekarang di Aleppo, sangat sengit sekali sehinggakan ramai askar mereka sendiri lari, sementara berdozen lagi berpaling tadah serta-merta. Semangat mereka berada di paras sangat rendah,” tambah beliau.
Aleppo, pusat komersial dengan 2.5 juta penduduk, baru-baru ini menjadi medan tempur dalam pemberontakan yang berlarutan selama 16 bulan itu.
Semalam, Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan helikopter tentera telah melepaskan tembakan di kejiranan bandar itu, menyebabkan berlaku korban jiwa.
Pertempuran turut dilaporkan di daerah Bustan al-Qasr di selatan bandar itu dan kejiranan Al-Jamaliya.


Daripada jumlah itu 114 orang awam, 31 askar dan 13 pemberontak.
Mengulas perkembangan terbaru itu, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, berkata jika kumpulan pemberontak dapat mengambil alih wilayah lain, mereka akan dapat mewujudkan “kawasan selamat” dalam negara itu.
“Kita perlu bekerjasama rapat dengan pihak pemberontak kerana jika mereka dapat mengambil alih lebih banyak wilayah dan ia kemudian dapat mewujudkan kawasan selamat dalam Syria yang dapat menyediakan pangkalan bagi tindakan selanjutnya oleh pihak pemberontak,” kata Cik Clinton.
“Kami tidak percaya masanya sudah terlambat bagi rejim (Presiden Bashar) Al-Assad merancang proses peralihan bagi mencari jalan bagi menghentikan keganasan,” tambah beliau.
Sementara itu, Turkey mengumumkan ia akan menutup sempadannya dengan Syria atas sebab keselamatan.
Menurut Ankara langkah itu tidak mempunyai sebarang tempoh tamat dan pembukaan semula sempadan bergantung kepada perkembangan konflik. – AP, AFP, Reuters.




























