Terengganu, Malaysia

Himpunan Oren; 2000 ‘Anak’ Terengganu Akan Turun

Pengerusi Anak Terengganu, Cikgu Shalahuddin Jaafar (Gambar bawah) berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Anak Terengganu yang diadakan di sini pada Selasa 10 Julai.

“Mesyuarat Anak terengganu kelmarin memutuskan semua cawangan Anak negeri Terengganu akan  menghantar wakil ke Perhimpunan Oren; Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan,”ujarnya .

Himpunan Oren; 2000 ‘Anak’ Terengganu Akan TurunMenurutnya, Anak Terengganu mensasarkan seramai 2000 ahli dan penyokong Anak di negeri ini akan menyertai Himpunan tersebut.

Katanya, ia termasuk  penyertaan Anak Terengganu di perantauan, yang tinggal di luar termasuk di Kuala Lumpur dan beberapa bandar di Pantai Barat.

Beliau berkata, Himpunan Oren adalah amat penting, bertujuan menyerahkan Memorandum kepada Yang DiPertuan Agong supaya campur tangan dalam menyelematkan tanah-tanah rancangan Felda daripada tergadai.

“Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya mereka yang sayangkan tanah air ini menyelamatkan tanah orang-orang Melayu di rancangan Felda yang akan tergadai ekoran penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Saham,

“kita akan menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong kerana beliau adalah ‘payung’ akan melindungi kepentingan rakyat jelata,”jelasnya.

Oleh itu,  beliau harap rakyat dapat keluar beramai-ramai berhimpun sebaik selepas solat Zohor dan solat Hajat yang akan diadakan di Masjid Wilayah

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan