Terengganu, Malaysia

LYNAS: Laporan PSC Hanyalah Skrip Filem Umno

malah bercanggah dari faktayang tertera di dalam Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) yang telah diluluskan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2008 jelas meyakinkan pihak kami bahawa penubuhan Jawatankuasa ini hanyalah sebahagian skrip filem UMNO dan Barisan Nasional untuk menghalalkan Kilang LYNAS.”,  kenyataan yang dipetik dari AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Tn. Haji Zulkefly Mohamad Omar (gambar). 

Beliau juga kecewa dengan tindakan Jawatankuasa PSC LYNAS itu kerana tidak meluluskan permohonan wakil Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk diberikan immuniti ketika sesi soal-selidik Jawatankuasa itu sehingga fakta menyeluruh berkenaan bahayanya kilang LYNAS itu tidak dapat dibentangkan.

“Kenyataan Ahli Parlimen PAKATAN RAKYAT pada 20hb Mac yang lalu yang menolak penyertaan wakil PR di dalam Jawatankuasa itu, bahawa Jawatankuasa PSC tidak menyediakan ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat kini terbukti jelas bahawa ruang yang adil juga tidak disediakan kepada kumpulan Anti-Lynas. Kenapa perlu kita bersama-sama Jawatankuasa itu dan kenapa perlu ketika menerima keputusan akhir mereka kerana proses siasatan yang berat sebelah akan menghasilkan keputusan yang berat sebelah. ”, tambah beliau.

Jelas, beberapa dakwaan dari PAKATAN RAKYAT dan Kumpulan Anti-LYNAS semenjak beberapa tahun lalu yang ditolak UMNO dan Barisan Nasional kini diakui Jawatankuasa PSC itu dan di antaranya ialah membelakangkan aspek impak kesihatan kepada rakyat kerana asyik mengutamakan aspek saintifik radiasi semata-mata dan hakikat bahawa ‘public engagement’ atau konsultansi pihak awam tidak dijadikan kewajipan utama diperingkat awal oleh MITI dan MIDA kepada syarikat seperti LYNAS itu.

PAS mengakui bahawa kenyataan YB Dr.Che Rusli telah disalahertikan oleh UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah kenyataan tahap radiasi yang rendah memadai untuk menghalalkan LYNAS sedangkan jika diamati kenyataan penuh beliau, termasuklah kenyataan daripada YB Tuan Guru Presiden PAS malah YB Dr Dzul, rujukan kepada pakar-pakar lain dan diantaranya pakar pengurusan sisa, pakar toksikologi, pakar kesihatan dan lain-lain juga amatlah diperlukan agar rumusan yang adil dan telus dapat dikemukan.

Malah lesen membina yang dikeluarkan kepada Lynas dalam tempoh yang amat singkat dan luarbiasa itu juga dipersoalkan semenjak awal lagi, seolah-olah wujudnya tangan-tangan ghaib yang cuba mempercepatkan kelulusan operasi Kilang LYNAS ini tanpa mengambil kira 2 aspek utama iaitu rujukan dan kajian yang menyeluruh dari semua pakar yang terlibat kerana kepelbagaian struktur dan komponen yang terdapat pada kilang itu termasuk bahan mentah yang di bawa masuk dan konsultansi atau rujukan kepada pihak awam khususnya penduduk terdekat.  Isu inilah yang kerap dibangkitkan oleh PAS, PAKATAN RAKYAT dan Kumpulan Anti-LYNAS semenjak awal lagi tetapi ditempelak oleh sesetengah pihak yang berkepentingan khususnya UMNO.

Hakikatnya, Kajian Impak Alam Sekitar (PEIA) yang diguna pakai ketika peringkat awal permohonan pembinaan pada tahun 2007 jelas tidak memperuntukkan penglibatan pihak awam khususnya penduduk terdekat dan pihak ketiga atau pakar-pakar lain untuk sama-sama menilai Kajian itu sebelum ia diluluskan pada tahun 2008 oleh Jabatan Alam Sekitar(DOE) sendiri. Namun, selepas perjumpaan wakil penduduk dengan MITI, DOE, AELB dan MOH yang dketuai oleh PAS sendiri pada tahun 2011, jelas DOE telah mengubah syarat-syarat mereka kepada Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) untuk industri-industri yang berunsurkan radioaktif seperti LYNAS ini.

Inilah bukti kelemahan dan ketidakmatangan sistem dan prosedur yang sedia ada untuk mengurus industri baru seperti nadir bumi ini di Negara ini dan kerana kelemahan-kelemahan inilah, PAS dan PAKATAN RAKYAT khuatir ia telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalalkan kemasukan pelaburan luar ini tanpa melalui proses yang sepatutnya. Dan kerana kelemahan ini juga termasuklah tahap ‘compentency’ atau kebolehupayaan agensi-agensi yang berkenaan dalam mengawal selia operasi Kilang LYNAS ini juga amat dipertikaikan lebih-lebih lagi apabila isu keupayaan ini khususnya kepada kakitangan AELB dibangkitkan oleh pakar-pakar IAEA agar ia perlu dipertingkatkan.

Bagaimanakah rakyat harus meletakkan kepercayaan kepada agensi-agensi ini untuk memastikan pengawasan dan penguatkuasaan yang baik apabila Sungai Balok sendiri sudah berada di tahap 2 dan 3 pencemaran seperti yang tertera di dalam Kajian Preliminary Alam Sekitar (PEIA)? Jika sungai tidak mampu dipelihara dengan baik, bagaimanakah operasi Kilang LYNAS boleh dipantau dengan baik?

PAS dan PAKATAN RAKYAT juga sedar bahawa seluruh rakyat Malaysia telah dikelirukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Tafsiran radiasi dan radioaktif ini telah dimanipulasi sehingga PAS dan PAKATAN RAKYAT dilihat mempertengahkan isu radiasi sedangkan pada hakikatnya isu radioaktif yang sebenarnya kerap dibangkitkan khususnya ketika pengangkutan bahan mentah itu dari pelabuhan kuantan ke lokasi kilang, ketika pemprosesan kerana penggunaan kuantiti tinggi asid sulfurik dan hidroklorik pada suhu yang tinggi dan penyimpanan (kenyataan NY Times berkenaan struktur kilang LYNAS yang lemah dan retak) termasuklah pengurusan sisa buangan yang mengandungi elemen radioaktif itu antaranya gas radon dan serbuk/habuk ‘particles’ radioaktif dan ancamannya ke atas organ dalaman khususnya organ pernafasan manusia.

PAS dan PAKATAN RAKYAT sekali lagi ingin membetulkan persepsi pihak tertentu bahawa PAS malah Kumpulan Anti-LYNAS TIDAK PERNAH melabelkan Kilang LYNAS sebagai Loji Nuklear. Tuduhan dan Fitnah yang tidak berasas ini dilihat cuba mengelirukan rakyat serta melabelkan sesetengah pihak khususnya kumpulan Anti-LYNAS sebagai tidak pakar dalam tuduhan mereka walaupun pada hakikatnya rujukan teknikal telah dilakukan kepada hampir 7 pakar yang berlainan. Umum mengetahui bahawa Persatuan Perubatan Malaysia(MMA) yang dianggotai beribu-ribu doktor perubatan melalui kenyataan mereka pada 21hb Julai 2011 juga menuntut agar projek LYNAS ini dihentikan.

“Jangan salahkan rakyat kerana menentang projek ini. Jangan salahkan Kumpulan Anti-LYNAS kerana terpaksa berjuang habis-habisan untuk menghalang projek ini. UMNO dan Barisan Nasional harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana kelemahan mereka di dalam mentadbir Negara. Terlalu banyak kelemahan dari sistem dan proses yang sedia ada khususnya dari Projek LYNAS ini sehingga tiada keyakinan lagi terhadap kredibiliti Kerajaan yang memerintah. Akhirnya, Rakyat pula yang terpaksa menanggung akibatnya daripada projek-projek bermasalah seperti ini. “, ujar beliau.

Beliau juga mempertikaikan keputusan Jawatankuasa PSC itu kerana mencadangkan agar Lesen Sementara Operari (TOL) diserahkan kepada LYNAS walaupun Jawatankuasa itu pada masa yang sama mencadangkan agar  Kementerian Kesihatan dapat menjalankan Kajian Impak Kesihatan.

Jika Kajian Impak Kesihatan penting untuk memastikan keselamatan operasi Kilang ini kepada rakyat, kenapa cadangan ini hanya perlu dilaksanakan pada masa hadapan, selepas TOL diluluskan? Kenapa tidak sebelum TOL diluluskan?

Kenapa pula kemudahan pelupusan sisa (Permanent Disposal Facilities (PDF)) tidak disediakan pihak Kilang sebelum TOL diberikan kepada LYNAS jika pelupusan sisa diakui penting untuk diambil kira oleh LYNAS lebih-lebih lagi apabila pengerusi Jawatankuasa PSC itu melalui kenyataan beliau sendiri bahawa TIDAK ADA jaminan kerajaan Australia akan membenarkan sisa buangan itu dikembalikan ke Australia?

Bukankah ‘adequate mitigation’ atau pencegahan yang mencukupi ini dibangkitkan di dalam Kajian Alam Sekitar (PEIA)? Dan jika ia tidak diambil kira dengan baik ketika fasa rekabentuk dan operasi kilang itu, pencemaran alam sekitar boleh berlaku.

Di mana pula makluman kepada pihak umum oleh pihak LYNAS dan AELB berkenaan status setiap cadangan pakar antarabangsa IAEA yang masih tidak kelihatan sehingga kini? Kenapa kelulusan TOL perlu disegerakan tanpa memastikan LYNAS dan agensi yang berkenaan mematuhi dan melaksanakan setiap cadangan dan syarat yang dikemukan terlebih dahulu?

Meneliti sebahagian daripada cadangan Jawatankuasa itu, jelas ia mirip kepada beberapa kenyataan yang dibuat AELB sebelum penubuhan Jawatankuasa PSC ini seolah-olah jelas bahawa penubuhan PSC LYNAS oleh Perdana Menteri tidak ikhlas, berat sebelah, dan berniat jahat semata-mata mahu mengaburi rakyat agar menerima kilang LYNAS itu.

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan